Ikon kecantikan remaja, Zendaya sering mendapat perhatian lensa kamera apabila berdiri di karpet merah. Wajahnya, susuk tubuh dan penampilan top and bottom tidak pernah menghampakan. Dikenali dari siaran Disney, Zendaya kemudian melangkah keluar sebagai penyanyi dan seterusnya menapak dalam industri filem Hollywood apabila muncul sebagai ‘MJ’ dalam filem Spider-man: Homecoming.
Lihat aksi berpengaruh Zendaya di karpet merah…
Mengenakan gaya rambut dreadlocks di acara Oscars 2015
Bak patung Barbie hidup!
Win dalam pilihan gaya rambutnya!
Sekali lagi ‘meletup’ dalam gaya bob
Macam tak percaya kan gambar diatas adalah orang yang sama yakni Zendaya! Dari Youtube TeenVogue, Zendaya tidak lokek berkongsi rutin kecantikan dan mekap yang buat beliau tampil yakin sepanjang masa. Tidak kiralah on red carpet or off! Jom belajar!
#1 Wajib tanggalkan mekap sebelum tidur. Itu kunci utama untuk mendapatkan kulit yang bersih dan hasil mekap yang cantik pada hari seterusnya.
#2 Zendaya masih lagi mengekalkan konsep natural eyebrow. Trick dari beliau ialah dengan mengikut bentuk asal kening dan warnakan ia sedikit pekat dibahagian hujung dan nipis kening hadapan.
#3 Nak dapatkan ukiran eyeliner yang sama di dua belah mata? Pakai eyeliner dengan mata terbuka, Zendaya kata dia banyak kali praktis baru menjadi.
#4 Tiada highlighter, gantikan sahaja dengan glitter atau shimmering eyeshadow.
#5 Zendaya tak boleh keluar rumah tanpa concealer untuk menutup cela dan mascara serta eyeliner. Khas untuk wajah tampak lebih fresh walaupun minimal.
Tak sangka Zendaya baru sahaja berusia 21 tahun!