Ramai dikalangan kita lebih banyak minum susu lembu berbanding susu kambing. Rata-ratanya akan memilih susu lembu kerana dari segi harga dan produk dari susu lembu lebih banyak pilihan dari susu kambing.
Di pasaran sekarang terdapat banyak lambakan susu fomula lembu yang dikatakan amat baik untuk menggantikan susu ibu kepada bayi. Susu formula lembu diperkaya zat besi (iron fortified infant formula) sebagai susu gantian bagi bayi baru lahir hingga berusia 12 bulan. Susu yang kaya zat besi boleh mengelakkan masalah kekurangan zat besi (iron deficiency) penyebab masalah kekurangan darah (anemia), masalah kognitif dan perkembangan bayi.
Bagaimana pula dengan susu kambing?
Sama seperti susu lembu, susu kambing juga mempunyai banyak kelebihan tersendiri kaya dengan protein, enzim, anti-penuaan, anti-artritis, anti-barah dan pelbagai lagi.
Namun menurut dari sumber AAP, susu kambing kurang sesuai untuk bayi lingkungan umur 1 tahun. Nutrisi darinya kekurangan zat besi, folate, vitamin C/D/B, thiamin, niacin dan pelbagai zat nutrisi lain. Selain itu, ia dikhuatiri beri isu pada buah pinggang bayi kerana kandungan nutrisi tertentu yang tidak sesuai (renal solute load) dan berasid (metabolic acidosis).
Tapi susu kambing Sunnah Rasulullah?
Dari doktor.com telah menjelaskan susu kambing sebahagian dari makanan sunnah. Namun kajian terkini menunjukkan ia tidak sesuai untuk bayi hingga kanak-kanak 1 tahun. Jika diperhalusi sirah sejarah bagindah Rasulullah SAW, Baginda turut disusu ibu oleh ibu susuan sehingga berusia 2 tahun, lantas menunjukkan kepentingan penyusuan ibu dan segala kebaikan dari penyusuan ibu (mengatasi segala jenis susu dan formula di dunia). Berkemungkinan susu kambing lebih sesuai untuk orang dewasa berbanding kanak-kanak.
Apa kebaikan susu kambing dari susu lembu?
#1 Tidak memberi alahan kerana mempunyai 35% asid lemak jika dibandingkan dengan 17% dalam susu lembu. Sesuai untuk individu yang tidak boleh menerima laktosa.
#2 Bagus untuk menyembuhkan demam kuning, penyakit kulit dan boleh membantu menurunkan paras kolesterol sertai perbaiki masalah usus kerana susu kambing kaya dengan asid lemak anti-mikroba.
#3 Ibu mengandung digalakkan untuk minum susu kambing untuk mengelakkan bayi yang lahir terkena demam kuning.
#4 Kandungan protein, zat besi dan antibodi lebih tinggi dari susu lembu. Sekaligus ia dapat menguatkan tulang, gigi, otot, sendi, kulit, tisu dan saraf.
#5 Susu kambing mudah dihadam dan hanya mengambil masa 20 minit berbanding susu lembu 2 jam. Ini kerana zarah lemak susu lebih kecil.
#6 Khasiat dan kualiti lebih terjamin dan tidak berubah jika disimpan sejuk atau sejuk beku. Komponen susu kambing sangat stabil dan tahan lasak.