FENDI yang merupakan salah satu jenama fesyen premium antarabangsa kinibaru sahaja membuka semula cawanagn butik mereka di KLCC.
Inspirasi hiasan dalaman butik disunting daripada konsep mercu Maison yang merupakan seni bina gah sekitar zaman Rom dahulu kala sekaligus, kesmeua ruang digunakan secara strategik bagi menyerlahkan aura sofistikasi jenama FENDI itu sendiri.
Butik baharu ini turut menawarkan seleksi item fesyen daripada koleksi terkini FENDI termasuklah helaian pakaian wanita, aksesori, barang kemas, beg tangan, kasut dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, Fendi juga menawrakan beberapa helaian istimewa untuk lelaki yang rata-rata aksesorinya diperbuat daripada material kulit bermutu serta berciri mewah.
Jika dilihat pada pintu masuk utama butik FENDI di KLCC, para tetamu dan pelangan sekalian akan disambut mesra oleh kawasan rak beg tangan kemudian diikuti ruag pameran kasut, aksesori dan barulah ruang yang menayang aneka pakaian cantik termasuklah pakaian sedia dipakai yang boleh dibeli terus mengikut kesesuaian saiz.
Untuk memeriahkan lagi sambutan pembukaan semula butik ini, Fendi KLCC ada menawarkan 10 tas tangan Mini Peekaboo edisi terhad yang diliputi kilauan sequin rona merah jambu! Sesuai untuk digayakan secara glamorbaik untuk acara pagi mahupun malam, 10 buah beg Mini Peekaboo ini akan dijual pada harga RM26,150 seunit dan hanya akan dijual di FENDI cawangan KLCC.
Untuk keterangan lanjut berkenaan jenama FENDI, sila klik [www.fendi.com].