Rasanya ini bukan kali pertama bintang ini mengejutkan netizen. Terdahulu sewaktu berlangsungnya pertunjukan fesyen di Paris Fashion Week, garisan leher baju yang diperagakan terselak lalu menampakkan sebelah payudaranya. Terkini, beliau tampil berani apabila bangga menayang bahagian bawah lengan yang tidak bercukur?!
Sebagai wanita, lebih-lebih lagi apabila diri adalah seorang figura terkemuka, individu berkenaan haruslah peka akan kebersihan dan tertib penjagaan diri tetapi lain pula bagi Gigi Hadid.
Tonton Video Penggambaran Gigi Hadid Bersama Love Magazine
Walau bagaimanapun menurut sumber, Gigi sebenarnya bukanlah sengaja mahu membuka pekung di dada tetapi hal itu dengan tidak sengaja berlaku sewaktu penggambaran untuk majalah “Love Magazine”.
Kata sumber terdekat lagi, imej ‘bulu ketiak’ yang dapat dilihat dalam video rakaman terbitan Love Magazine itu pada hakikatnya cumalah sisa serat dan bulu-bulu halus yang melekat di bahagian bawah lengan Gigi ketika beliau memakai jaket rona biru gelap pada babak awal rakaman video berkenaan, sebelum membukanya untuk merakam babak-babak akhir.
Fakta itu kedengaran logik dan kita boleh lihat sendiri Gigi memang bertungkus-lumus melakukan aksi tendangan tinju dan sebagainya sehingga lencun berpeluh dan keadaan itu mungkin menyebabkan sisa serat pada pakaian jaket tertumpu melekat di bahagian ketiak yang berpeluh.
TERKINI
Seperti laporan yang diterbitkan allure.com, bintang 22 tahun yang merupakan anak kepada model veteran Yolanda Hadid itu memang sengaja mahu menyerlahkan sifat serta ciri semula jadi dirinya untuk penggambaran tersebut.
Penampakan bawah lengan Gigi yang dilitupi rambut-rambut halus itu adalah benar dan ternyata, beliau merupakan seorang supermodel berkeyakinan tinggi malah tak malu untuk menerima kritikan.
Seperti yang kita semua tahu, Gigi adalah seorang aktivis feminis yang sering tampil memperkasakan hak-hak kewanitaan dan bertindak untuk menyedarkan kaum wanita betapa pentingnya untuk kita selesa berada dalam tubuh sendiri dan bukannya mengikut telunjuk orang lain.