Sepanjang tahun ini terdapat pelbagai jenis trend kening yang jelik dan hodoh telah kita temui. Bermula dari kening berombak hingga kening dengan pelbagai bentuk dan warna yang luar biasa.
Baca: Jelik, Hodoh, Ni Dia Trend Kening Perlu Berhenti Sekarang Juga…
Menjelang Krismas tahun ini muncul satu lagi trend kening yang luar biasa. Trend ini benar-benar unik dan menarik perhatian orang yang melihatnya. Menariknya trend kening ini inspirasi dari hiasan pokok Krismas.
Difahamkan, trend kening yang satu ini sudah mula tular di Instagram awal bulan ini yang dimulai oleh seorang pengguna @taytay_xx. Dalam fotonya, gadis cantik ini memberi inspirasi kepada pengikutnya untuk mencuba gaya yang bersesuaian untuk musim perayaan, dan dia memilih untuk mencuba merias alis. Setiap alisnya dilekatkan dengan bintang emas, sesuai dengan dekorasi pokok Krismas.
https://www.instagram.com/p/BcW7AstBKkV/
Pada siapa yang berminat, gadis ini berkongsi video tutorial di Youtube.
Okay sebenarnya trend kening ni nampak cantik sebab gadis ni. Agaknya kalau kita yang mencuba, mungkin nampak pelik…