Seperti yang tersurat, rasa makanan segera itu memang jauh lebih berperisa daripada makanan sihat betul tak? Namun begitu, sebenarnya lebih banyak perkara tersirat yang anda tidak tahu dan fakta tentang nugget ayam ini pasti mengejutkan!
Dalam sebuah rancangan “Food Revolution” yang diacarakan sendiri oleh Chef selebriti Jamie Oliver, beliau tampil menyedarkan kanak-kanak dan para remaja tentang sisi gelap makanan.
Dalam salah satu episod yang ditayangkan, Jamie pernah mendedahkan bagaimana cara sebenar nugget ayam diproses dan dipaketkan di kilang. Hal itu kemudiannya mengundang pelbagai reaksi daripada penonton kerana ramai yang tidak sedar bahawa selama ini, snek paling lazat yang berbentuk nugget ayam itu sebenarnya mengandungi ramuan yang anda mungkin tidak sanggup untuk telan jika mengetahuinya.
Tonton Jamie Oliver Tunjuk Cara Sebenar Nugget Ayam Diproses
Menurut Jamie, nugget ayam yang dijual di pasaraya kebanyakannya mengandungi ramuan tidak sihat, lebih-lebih lagi apabila ia bukan sahaja mengandungi daging ayam kisar untuk menghasilkan patty nugget enak dan bahkan… tulang, pembuluh darah, urat, tisu-tisu, sumsum tulang, lemak dan kulit ayam turut dikisar bersama! Haaa, sekarang dah tahu kenapa bila anda makan nugget, terasa seperti ada tergigit cebisan tulang liat?
Sungguhpun sudah didedahkan betapa jijiknya pemprosesan nugget yang kita sendiri meragui kesucian dan kebersihannya, masih ramai yang mahu menikmati hidangan segera tersebut.
Tulang, pembuluh darah, urat, tisu-tisu, sumsum tulang, lemak dan kulit ayam turut dikisar bersama untuk dijadikan nugget…
Kerana apa? Kerana rasanya yang rangup, berjus dan adakalanya mengenyangkan. Mata kita semua dikaburi sehinggalah sampai suatu masa penyakit mula menyerang tubuh.
Jelas seorang panel rancangan The Doctors, kita semua masih lagi boleh menikmati nugget ayam tetapi dengan syarat, baca pek pembungkusan nugget beku di kedai dan pastikan salah satu ramuan utamanya adalah ‘daging putih penuh’ (whole white meat) kerana itu lebih sihat.
Daging putih penuh lazimnya diambil daripada bahagian dada dan kepak ayam….
McDonald’s umpamanya adalah salah satu rangkaian restoran makanan segera terkemuka yang menyediakan nugget ayam yang berasaskan daging putih. Sebab itulah rasanya lebih empuk, berserat dan tidak terasa berketul-ketul seperti nugget beku yang dijual di pasaraya. Warna isi nugget ayam McDonlad’s juga lebih putih dan bersih menandakan ianya adalah berasaskan daging putih segar. Ini kerana, isi ayam dalam nugget beku yang dijual di pasaraya berwarna lebih gelap.
Mulai daripada hari ini, cuba tepuk dada dan tanya selera. Jagalah pemakanan sejak dari awal kerana mencegah penyakit itu adalah lebih baik daripada mengubati kerana anda mampu mengubahnya.
Selamat beramal!❤️