Fesyen, Lookbook

MONKI Musim Bunga 2018 Menyerlah Dengan Item Fesyen Warna-Warni

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ā¤ļø
MONKI Musim Bunga 2018 Menyerlah Dengan Item Fesyen Warna-Warni

Jenama fesyen wanita kelahiran Sweden kali ini tampil ceria memperkenalkan koleksi musim bunga/panas 2018 mereka yang rata-rata bersifat funky dan versatile!

Foto -Arkib Wanista

Koleksi baharu ini terdiri daripada helaian kasual dan formal yang boleh dipadankan dengan aksesori istimewa lain rekaan terkini MONKI seperti anting-anting, kalung, beg tangan, kasut dan sebagainya.

Apa yang lebih menarik, antara helaian untuk musim bunga/panas ini diperbuat menggunakan fabrik mampan yang mesra alam tahu?

Foto -Arkib Wanista

Inisiatif itu adalah sebahagian matlamat MONKI untuk meneruskan misinya bagi memanfaatkan kapas organik yang boleh dikitar semula menjelang tahun 2020 nanti.

Menurut Ketua Rekaan MONKI, Caroline Carlryd, “Kami menggunakan 100 peratus sumber kapas organik untuk produk denim sejak 2016 malah, sedikit kelainan yang diketengahkan kali ini kerana MONKI juga memanfaatkan material poliester, poliamida dan plastik kitar semula.

Foto -Arkib Wanista

Khas untuk musim bunga/panas tahun hadapan, MONKI mencipta corak cetakan berahi pada helaian-helaian utamanya seperti corak abstrak, jalur, kotak-kotak dan pelbagai lagi cetakan unik untuk menggambarkan warna-warni musim bunga.

Foto -Arkib Wanista

Dari segi perinciannya pula, sulaman motif mewah, trim ropol dan jahitan manik banyak ditonjolkan meliputi palet rona terang, monokrom dan pastel.

Foto -Arkib Wanista

Kesemua koleksi musim bunga/panas 2018 MONKI dijangka memasuki pasaran sekitar Mac tahun depan. Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.monki.com] atau lawat laman Facebook rasmi MONKI di [www.facebook.com/Monki].