Review - Makanan

REVIEW: Banyak Yang Menarik Bila Nikmati Makan Malam Krismas Di DoubleTree by Hilton

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
REVIEW: Banyak Yang Menarik Bila Nikmati Makan Malam Krismas Di DoubleTree by Hilton

Selain Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali, Krismas adalah salah satu perayaan yang turut dirayakan meriah oleh masyarakat beragama Kristian di negara kita. 

Lihat sahaja gaya dekorasi di pusat-pusat membeli-belah seluruh negara, pokok krismas dihias gah menyambut para tetamu sekaligus mencipta pengalaman nan indah buat si kaki foto untuk merakam memori kenangan bersama keluarga dan teman yang turut sama merasa kemeriahannya meskipun bukan beragama Kristian.

Seperti perayaan-perayaan lain, Krismas juga adalah peluang keemasan untuk ahli keluarga berkumpul bersama serta berkongsi kegembiraan dan untuk itu, DoubleTree by Hilton ada menyediakan pakej buffet menyelerakan yang menghimpunkan aneka sajian disisip dengan citarasa Malaysia.

Mempersembahkan “A Truly Malaysian Christmas”, jom nikmati pelbagai masakan mewah seperti “Roasted Leg of Lamb with Rosemary”, “Curry Rubbed Australia Prime Ribs Roast”, “Roasted Norwegian Salmon with Tandoori Spices”, “Chill and Cajun Roasted Whole Turkey” dan “Honey Glazed Ham with Caramelized Sarawakian Pineapple”.

Untuk pengetahuan anda lagi, beberapa stesen makanan kegemaran turut disediakan termasuklah bar salad segar (kerabu dan pelbagai salad berperisa), bar makanan laut segar (ketam bunga, tiram, lokan, pepahat), bar salad sejuk, stesen makanan panas (pasta, stim, hot plate, kaunter panggang, masakan sup dan roti).

Bukan itu sahaja, jangan ketinggalan untuk menikmati seleksi masakan India dan Cina yang turut ditawarkan bagi memberi lebih pilihan buat tetamu antaranya kaunter dumpling ranggup, roti naan berinti coklat serta kari kepala ikan ala mamak. Makanan Melayu popular seperti sate dan kuah kanjang pun ada juga tau?!

Harga pekej buffet adalah seperti berikut:-

# Christmas Eve & Christmas Day Dinner | 06.30pm – 10.30pm

RM148 / seorang

BACA  Aneka Gulai, Kerabu Jadi Tarikan Untuk Buffet Buka Puasa Eastin Hotel

# Christmas Brunch | 12.30pm – 04.00pm

***Bermula 23 hingga 25 Disember, 

RM110 / seorang 

# New Year’s Eve Dinner | 06.30pm – 10.30pm

RM148 / seorang

#New Years day Hi-Tea | 12.30pm – 04.00pm

RM110 / seorang

Untuk kanak-kanak enam hingga 12tahun, mereka layak menerima potongan harga sebanyak 50% serta diskaun 15% bagi pengguna kad CIMB, Maybank, HSBC dan Affin.

Tak perlu risau kerana kesemua hidangan adalah halal dan bakal disediakan secara segar oleh paar tukang masak berpengalaman bagi menjamin kualiti yang mantap.

Untuk menempah, sila telefon +603 2172 7272 atau emel ke alamat KULDT_FBReservations@hilton.com. Lawat laman Facebook DoubleTree by Hilton KL di [www.facebook.com/DoubletreeKL] untuk keterangan lanjut dan promosi terkini.