Nyanyian comel lagu ‘Baby Shark’ jadi tular tahun ini dengan menjadi hiburan kanak-kanak dan orang dewasa. Malah ia masih belum terhenti hingga sekarang di Malaysia. Fenomena video ‘Baby Shark’ kini boleh didengari secara eksklusif di Astro Best dan on demand bersama dengan 4 tajuk lagu baharu!
Lagi mengujakan apabila Astro dan Pinkfong menjayakan lagu ‘Baby Shark’ dalam versi Bahasa Malaysia ‘Bayi Yu’. Kerjasama ini juga akan menyediakan 70 buah lagu menerusi saluran Astro Best Pelanggan Astro boleh membeli video muzik Pinkfong yang menjadi kegemaran anak-anak dengan harga RM10 sahaja untuk lima hari tontonan.
Bermula 2018, rakyat Malaysia boleh menjangkakan perkembangan senarai video muzik Pinkfong di on demand. Bukan itu sahaja, tahun depan akan menyaksikan kehadiran video musik Pinkfong dalam Bahasa Mandarin, termasuk matematik, cerita dongeng bermora dan peribahasa Cina.
Go Shop membawa barangan eksklusif Pinkfong ke Malaysia termasuklah mainan Pinkfong dan buku-buku bunyian dengan lingkungan harga antara RM50-RM80. Orang ramai berpeluang memenangi barangan eksklusif Pinkfong dengan menyertai #BabySharkChallenge anjuran Astro. Caranya adalah dengan muat naik video anda bersama anak-anak anda melakukan tarian ‘Baby Shark’ di Instagram atau Facebook dan gunakan tanda pagar #BayiYu #BabyShark #SchoolsOut #BabySharkDanceWithAstro dan tag @astrocircle. Pastikan akaun Instagram dan Facebook ditetapkan kepada awam. Pemenan akan dimaklumkan melalui Facebook.