Menerusi perkongsian status yang dibuat oleh Adriana Lima, rata-rata peminat keliru sama ada wanita 35 tahun ini memberi hint bakal bersara dari Victoria’s Secret atau sekadar posting biasa.
Adriana menjelaskan bahawa dia mahu mengubah persepsi masTeyarakat, sambil menambah bahawa terdapat tekanan yang ditempuhinya selama ini. Dia juga tegas menyatakan dia tidak lagi akan “menanggalkan pakaian untuk tujuan kosong,” kenyataan ini membuatkan peminat menganggap Adriana Lima sudah tidak mahu meneruskan kontrak bersama Victoria’s Secret lagi.
Bahkan, Adriana juga dilihat telah unfollowed beberapa ‘orang kuat’ Victoria’s Secret. Apa yang berlaku sebenarnya?
Wanita dengan ketinggian 5 kaki 10 inci ini telah menjadi Angel sejak tahun 1999 dan berjalan dalam 18 acara sepanjang karier bersama Victoria’s Secret. Tahun ini sahaja, dia dinamakan ‘Angel Victoria’s Secret paling berharga’.
Bulan lalu, Adriana memberitahu People bahawa dia tidak akan bersara daripada jenama itu sehingga pertunjukan fesyen ke-20.
“Mungkin lebih, mungkin kurang, saya tidak tahu. Sekarang, saya sedang sihat, jadi mari lihat bagaimana badan saya akan berubah kelak,” terangnya.