Bekas ratu cantik dunia, Priyanka Chopra merupakan ‘Wanita Paling Seksi di Asia’ tahun 2017!
Priyanka Chopra menduduki tempat pertama dalam carta 50 Sexiest Asian Women 2017. Ini adalah kali kelima Priyanka mendapat gelaran ‘Wanita Paling Seksi di Asia’ dalam carta yang dikeluarkan setiap tahun oleh Eastern Eye.
https://www.instagram.com/p/BcaB9VDABbe/?taken-by=priyankachopra_zena
Editor Eastern Eye, Asjad Nazir menggambarkan Chopra sebagai campuran yang sempurna; “cantik, bijak, berani dan hati yang baik.”
Priyanka menerusi akaun Instagramnya, mengucapkan terima kasih kepada ibu-bapa, pengikut setianya dan Eastern Eye.
Sebelum ini, Priyanka Chopra diangkat sebagai sebagai wanita kedua tercantik di dunia menerusi undian yang dilakukan di Buzznet.
Priyanka mengalahkan Deepika Padukone yang menduduki tempat ketiga manakala Nia Sharma dan Alia Bhatt menduduki tempat kedua dan keempat masing-masing.
https://www.instagram.com/p/BVCQFpJhu6z/
Tapi penulis lagi suka Deepika Padukone, orangnya manis sangat dengan kedua lesung pipit di pipi.