Jika seorang selebriti sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk membeli pakaian atau aksesori beg dan kasut mewah, itu kita faham tetapi lain pula dengan selebriti Hollywood yang seorang ini kerana sanggup membayar AS$1,340 (RM5,462) hanya untuk sepasang sarung kaki.
Rihanna yang tidak pernah gagal membuat orang ternganga melihat gaya dan personaliti sofistikated dirinya itu memang sengaja mahu cari perhatian agaknya kan?
Berkongsi foto sarung kaki yang dihiasi butiran kristal jenama Gucci, beliau tampil eksentrik menggayakannya dengan tumit tinggi rona putih yang sekaligus menyerlahkan gaya pakaiannya yang ringkas bersahaja.
Khabarnya, sarung kaki berkenaan buat pertama kalinya diperkenalkan menerusi pertunjukan fesyen Gucci untuk koleksi Resort 2018 yang diadakan di Milan beberapa bulan lalu.
Nampaknya, bukan sahaja harga stokin berkenaan menjadi topik perbualan utama kerana terdapat isu lain pula timbul apabila ada yang mempersoalkan betapa mahalnya kos semaat-mata untuk menghantar stokin itu ke dobi bagi mendapatkan khidmat cucian kering (dry celaning).
Oh well, apa nak kisah kerana Rihanna akan sentiasa menjadi Rihanna. Kalau lagaknya seperti diva sudah tentu duit berkepuk sepanjang masa dan setakat untuk menghantar sepasang stokin mahal ke dobi untuk cucian kering tu apalah sangat betul tak?
Sehingga kini, foto tersebut mendapat 1.3 juta likes dan 10.4 ribu komen.