Hiburan

Ryan Reynolds Jadi Pikachu Untuk Filem Terbarunya?

Izzah Azizah
/

haiwan, beauty stuff dan diri sendiri.

Ryan Reynolds Jadi Pikachu Untuk Filem Terbarunya?

Dikhabarkan aktor Hollywood, Ryan Reynolds akan membintangi sebuah filem karakter animasi Detective Pikachu. Ianya sebuah filem yang diangkat dari siri permainan telefon pintar dari Jepun dimana misi Pikachu menjadi detektif untuk menyiasat segala misteri. 

Paling menjadi tanda tanya kini ialah bagaimana untuk mengolah Ryan sebagai Pikachu? Adakah beliau akan dipakaikan kostum Pikachu atau menggunakan teknik CGI tidak pun hanya memakai topi Sherlock mengikut identiti Pikachu dalam permainan asal. 

Ryan Reynolds. Foto – Zimbio

Filem yang bakal diarahkan oleh pengarah Robert Letterman juga menampilkan barisan pelakon Justice Smith dan Kathryn Newton. Penggambaran dan lokasi filem terbabit akan dilakukan di kota London bermula awal tahun hadapan. 

Justice Smith. Foto – fuse.tv

Ia mengisahkan tentang penyiasatan kes penculikan bapa seorang remaja lelaki (Justice Smith) yang dibantu oleh wartawan (Kahtryn Newton) dan Detective Pikachu (Ryan Reynolds). 

Kathryn Newton. Foto – The Hollywood Reporter

Pasti ramai yang ternanti-nanti apakah filem ini punya cara tersendiri untuk mengolah Pikachu dalam dunia realiti dan dapatkan Ryan menyebut ‘pika-pika’ cara paling ikonik dan comel. 

SUMBER 1, 2 & 3

Komen Anda