Tahun ini Gardens Mall menghiasi ruang pusat membeli-belah dengan bertemakan Dreams of a White Christmas, dimana pengunjung berpengalaman seolah-olah berada didalam dunia magis. Bukan itu sahaja, Gardens Mall juga menghasilkan salji, pertemuan anda bersama Santa Claus dan pelbagai persembahan menarik.
Setiap penjuru Gardens Mall terletak hiasan krismas dengan kilauan putih berserta ornate yang membangkitkan mood perayaan dan percutian.
Dibahagian Ground Floor, pengunjung pasti teruja dengan melihat perincian dekorasi dan berpeluang mengambil gambar dengan pari-pari dan ilustrasi indah krismas putih.
Teruja melihat gambar-gambar dekorasi Gardens Mall? Anda boleh berkunjung dan menikmati pelbagai aktiviti serta persembahan bersempena Krismas ini. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari Facebook @thegardensmallmalaysia atau Instagram @thegardensmallmy.