Berita & Isu Semasa

Demi Puaskan Hati Teman Lelaki, Youtuber Ketagih Lakukan Pembedahan Plastik

Malisa Aina
/

P.E.T.I.T.E

Demi Puaskan Hati Teman Lelaki, Youtuber Ketagih Lakukan Pembedahan Plastik

Bayangkan baru 22 tahun tapi gadis muda ini sudah menjalani operasi pembedahan plastik sana sini demi memuaskan hati si teman lelaki yang keparat. Oppsss…

Berry Ng, seorang youtuber dari Hong Kong telah melalui lebih daripada 30 prosedur pembedahan plastik ketika dia masih bercinta dengan bekas teman lelakinya.

Wajah Berry Ng sebelum ketagih melakukan pembedahan plastik. Foto – Nextshark

Ng menceritakan bahawa dia cemburu dengan kecantikan supermodel dan ingin menjadi seperti mereka, bahkan teman lelakinya juga turut sama mengkritik dan membanding beza penampilan Ng dengan wanita lain.

Di bawah ‘galakan’ dari teman lelakinya, Ng pergi menjalani prosedur pertama di salon kecantikan yang menawarkan pakej pelajar. Sejak itu, Ng semakin ketagih dengan pembedahan plastik dan terus membelanjakan wang dalam usaha memiliki ‘kecantikan yang sempurna’ seperti apa yang teman lelakinya inginkan.

Dalam tempoh enam bulan, Ng telah melakukan hampir 30 prosedur di dahi, mata, pipi, hidung dan dagu semata-mata untuk mendapatkan pujian dari teman lelaki. Walaubagaimanapun, teman lelakinya sama sekali tidak menghiraukan Ng.

Ng berkata; “Pada masa itu, jika dia menghalang saya dan memberitahu bahawa saya cukup cantik, saya akan berhenti tetapi dia tidak.”

Sebaliknya, teman lelaki mengatakan bahawa payudaranya terlalu kecil dan Ng berfikir untuk menjalani pembedahan membesarkan payu dara. Selepas pembedahan, teman lelakinya menegaskan bahawa dia tidak meminta Ng melakukan itu semua.

Akhirnya Ng terperangkap selepas ibunya melawat semasa tempoh pemulihan selepas pembedahan dan menangis melihat keadaanya yang cukup menyakitkan itu.

Kini, Ng dalam proses pemulihan dari ketagihan pembedahan plastik.

RUJUKAN

Komen Anda