Tips - Fesyen

Masa Untuk Kenduri Kahwin! Ni Cara Buat Baju ‘Murah’ Nampak Glamor

Afiqah Syamin
/

Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️

Masa Untuk Kenduri Kahwin! Ni Cara Buat Baju ‘Murah’ Nampak Glamor

Setiap kali memenuhi undangan perkahwinan, rata-rata kita memilih untuk menggayakan pakaian yang ‘meghelip’ dan sarat dengan perincian sampai sanggup menghabiskan wang ratusan ringgit demi kelihatan cantik di hari keraian itu biarpun hanya sebagai tetamu mahupun kaum keluarga si pengantin.

Tetapi nasihat penulis jika hendak berfesyen sekali pun, ia haruslah dilakukan secara berpada agar tidak membazir dengan membeli pakaian yang sukar untuk dipakai buat kali yang kedua.

Apabila membeli pakaian yang memiliki perincian keterlaluan, pasti ia akan hanya dipakai sekali dan belum tentu memakainya buat kali yang kedua kerana bukan hari-hari kita ke acara glamor betul tak?

Jom ikut cara Wanista, dengan pakaian polos dan ringkas pun anda sebenarnya boleh kelihatan menawan dan bergaya.

#1 Aksesori

Sumber: Pinterest

Pakai baju kurung simple? Tak usah risau sebab dengan memadankan beberapa item aksesori seperti kerongsang atau rantai dokoh dengan pakaian anda yang membosankan tu, ia pasti kelihatan cantik dan yup, anda mungkin akan digelar fashion goddess!

#2 DIY Perincian Sendiri

Foto -Arkib Wanista

 Untuk perincian, anda boleh manfaatkan butiran manik, ropol atau renda bagi menyerlahkan seri pakaian yang terlalu kosong. Lebih jimat jika anda jahit sendiri tau. 

Kelopak bunga serta perincian bulu-bulu yang dijahit pada pakaian kosong. Sumber: Instagram/Syafiqah Aina

Trend terkini menjadi pilihan ramai adalah bunga timbul yang dibuat menggunakan lapisan kelopak bunga (boleh guna bunga plastik atau cebisan kain yang digunting menjadi kelopak bunga) kemudian dijahit satu persatu pada fabrik.

#3 Padankan Dengan Material Mewah

Sumber: Tumblr

Baju kurung, kaftan pendek atau kebaya yang kosong mungkin boleh dipadankan dengan kain yang diperbuat daripada material batik, songket, brokat atau baldu.

Contoh bawal organza. Sumber: Pinterest

Untuk tudung pula, gayakanlah selendang atau tudung yang diperbuat daripada satin mahupun organza untuk terbit aura mewah pada pemakaian busana yang ringkas atau polos.

#4 Pemilihan Warna & Corak

Sumber: Instagram/AinaHariz

Jika murah sekalipun, pastikan anda bijak membuat pilihan. Pilih dan pakailah pakaian yang terdiri dariapda warna-warna eksklusif seperti hitam, putih dan warna-warna gelap menonjol lain termasuklah emerald, biru gelap, merah hati (maroon) dan sebagainya. Kalau hendak memakai pastel, pastikan warnanya menyerlah sebagai contoh, kuning air, hijau mint, lavender dan merah jambu lembut.

Baju kurung rona ungu lavender yang cuma dihiasi trim ropol tetapi masih kelihatan mewah. Sumber: lyndarahim.com

Elak memakai pakaian warna coklat dan mempunyai banyak corak. Jika hendak buat pakaian nampak glamor dan mahal, seeloknya beli pakaian yang ringkas tanpa corak atau perincian sarat.

#5 Pakai Pakaian Dalam Bermutu

 Ada orang pergi kenduri kahwin, pakai jubah ketat dan bila berjalan, nampak garisan seluar dalam muncul di bahagian pinggul?! Hmm… nampak seperti pakaian itu diperbuat daripada material yang murah kerana terlalu nipis sehingga menampakkan garisan pakaian dalam.

Sumber: Google Images

Ini adalah perkara yang sangat-sangat memalukan. Ada pula yang bajunya jarang sampai terlihat warna dan corak pakaian dalam. Oleh itu, adalah sangat penting anda memakai pakaian dalam yang berkualiti biarpun orang lain tidak melihatnya.

Sumber: Victoria’s Secret

Jika memakai baju rona cerah seperti putih, pakai pakaian dalam yang berwarna kulit (nude) dan tidak bercorak agar ia tidak kelihatan menonjol dan menembusi pakaian anda.

Contoh seluar dalam jenis “boy short panty”. Sumber: .herroom.com

Elak pakai seluar dalam berenda, padankan kain atau jubah yang ketat dengan seluar dalam berpotongan “boy short panty”. 

RUJUKAN 

Komen Anda