Acara

Tiket Konsert Incubus Sudah Mula Dijual, Dapatkannya Sekarang!

Izzah Azizah
/

haiwan, beauty stuff dan diri sendiri.

Tiket Konsert Incubus Sudah Mula Dijual, Dapatkannya Sekarang!

Ikon Rock Alternatif, Incubus bakal mengadakan sebuah persembahan langsung pada 13 Februari 2018 di Kuala Lumpur. Band ini dikenali dengan lagu -lagu rock seperti Wish You Were Here, Megalomaniac, Anna Molly, Drive, Pardon Me, Are You In? dan Nice To Know You. Malaysia merupakan hentian kedua Incubus dalam siri Jelajah Asia yang dianjurkan oleh IME Malaysia dan InTour Live. Persembahan Incubus Live in Kuala Lumpur 2018 dibawakan khas oleh TuneTalk dan disokong Rockaway. 

Foto – arkib Wanista.com

Konsert kalini, Incubus dijangkan memainkan barisan lagu dari album kelapan mereka, 8, yang telah mencatatkan tangga ke-4 carta album Billboard 200. Band terkemuka ini juga merangkul pelbagai anugerah dan mengeluarkan 8 album studio dengan lebih 13 juta salinan terjual di seluruh dunia. 

Incubus. Foto – arkib Wanista.com

Harga tiket bagi konsert Incubus Live in Kuala Lumpur 2018 Malaysia bermula pada harga RM238 (belian awal) dan RM268 (normal) termasuk 6% GST dan fi pemprosesan RM4. Tiket dijual di www.ticketcharge.com.my atau di pusat jualan:

  • Speedy Video, Rock Corner
  • Chambers Music
  • Pejabat TicketCharge (KL)
  • PJ Live Arts
  • Pusat beli-belah The Mines (kaunter pertanyaan)
  • 1 Shamelin
  • Eden Ultimate (Kuantan)
  • Blonde Brunette (Pulau Pinang)
  • Pejabat TicketCharge (Pulau Pinang) 

Komen Anda