Fesyen

Poh Kong Perkenal Koleksi Barang Kemas Lebih Memukau Menjelang Tahun Baru

Afiqah Syamin
/

Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️

Poh Kong Perkenal Koleksi Barang Kemas Lebih Memukau Menjelang Tahun Baru

Poh Kong yang merupakan jenama brang kemas popular di Malaysia baru-baru ini tampil memperkenalkan koleksi barang kemas mereka yang terdiri daripada rekaan terkini yang pastinya lebih sensasi untuk pemakaian wanita hari ini.

Koleksi Poh Kong Auspicious. Foto -Arkib Wanista

Mengetengahkan konsep keabadian, antara rangakain koleksi yang diperbaharui adalah termasuk D’first serta Happy Love, Anggun, Tranz, Auspicious dan Hemera. 

Koleksi Poh Kong D’First. Foto -Arkib Wanista

Untuk pengetahuan semua, D’First adalah koleksi barang kemas bertatah berlian rekaan istimewa Poh Kong. Ianya mampu milik dan pastinya berkualiti serta mudah disuai padan mengikut cita rasa wanita versatile. Mewah dengan aneka potongan menarik, antara yang mendapat perhatian adalah rekaan berlian yang berpotongan 8 hati dan 8 anak panah, menghiasi anting-anting, loket dan cincin.

Koleksi Poh Kong Tranz. Foto -Arkib Wanista

Setiap satu perincian yang menghiasi koleksi Poh Kong kali ini adalah lebih berkelas dan rata-ratanya amat bersesuaian untuk menemani si pemakai sebagai aksesori signature, baik untuk ke acara santai mahupun formal.

Koleksi Poh Kong Happy Love. Foto -Arkib Wanista

Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.pohkong.com.my] atau alwat laman Facebook Poh Kong Jewellers [www.facebook.com/pohkongjewellers].

Komen Anda