Jika minat menonton American Next Top Model, The Rachel Zoe Project atau Project Runway, ini mungkin program realiti televisyen yang akan buat anda ketagih!
Seperti yang kita semua tahu, Yolanda Hadid merupakan seorang ibu dan pengurus yang hebat buat dua orang anaknya yang semuanya berjaya dalam bidang peragaan.
Dengar khabar, Yolanda bakal mengacarakan sebuah siri realiti televisyen berjudul “Making A Model with Yolanda Hadid“ menjelang Januari nanti!
Program baharu yang terdiri daripada lapan episod itu akan memaparkan aktiviti harian Yolanda mengurus dan melatih enam orang model remaja serta para ibu mereka bagaiman mahu berkerja bersama sekaligus mencipta nama lebih besar dalam industri fesyen dan peragaan antarabangsa.
Tonton Trailer “Making A Model With Yolanda Hadid”
Antara cabaran yang perlu dilalui oleh kesemua peserta termasuk ibu-ibu mereka adalah pengurusan dan etika bekerja dengan jurugambar di studio dan luar, latihan kecergasan fizikal serta peragaan di pentas.
Menurut Harpers Bazaar, setiap minggu sebanyak $5,000 ditawarkan buat calon terbaik namun hadiah utama bagi juara yang akan diumumkan dalam episod terakhir “Making A Model with Yolanda Hadid” adalah kontrak dengan agensi permodelan milik Yolanda sendiri malah berpeluang untuk mewakili IMG Models di Kota New York yang merupakan agensi permodelan terbesar di dunia.
Seperti realiti televisyen lain, para peserta bersama ibu mereka akan menginap di bawah bumbung yang sama dan pastinya lebih banyak konflik dan drama bakal menghantui penonton!
“Making A Model with Yolanda Hadid” akan bersiaran di saluran Lifetime pada 11 Januari akan datang.