Teknologi

Ohhh Ini Rupanya Rahsia Foto Instagram Aesthetic G-Dragon…

Malisa Aina
/

P.E.T.I.T.E

Ohhh Ini Rupanya Rahsia Foto Instagram Aesthetic G-Dragon…

Ikon fesyen, trendsetter, komposer, usahawan, pereka fesyen, penulis lirik, penyanyi – segalanya boleh dilakukan oleh penyanyi 29 tahun ini, individu yang versatil.

Kwon Ji Yong atau dikenali sebagai G-Dragon juga merupakan individu yang miliki follower Instagram paling ramai di Korea Selatan saja. Nak tanya, anda dah follow GD ke belum? Kalau belum, sila follow sekarang kerana koleksi foto jejaka berwajah baby face ini memang sangat unik dan aesthetic.

Sejak beberapa bulan yang lalu, peminatnya sentiasa bertanya antara satu sama lain tentang aplikasi atau filter yang digunakan GD untuk beberapa koleksi foto yang satu ini.

⚠️

A post shared by 권지용 (@xxxibgdrgn) on

Beberapa foto menarik perhatian mereka kerana mengandungi beberapa garisan berwarna, secara mendatar dan menegak. Foto tersebut mencipta suasana yang bergaya dan mengagumkan, ramai berpendapat ia adalah kesan filter untuk kamera baru.

Homealoneback👣✨

A post shared by 권지용 (@xxxibgdrgn) on

Walaubagaimanapun, telah didedahkan bahawa GD langsung tidak menggunakan sebarang filter sama sekali, bahkan  garisan tersebut tercipta disebabkan kerana kameranya jatuh dan pecah.

Kini, foto-foto yang diambilnya menunjukkan bahawa filter GD mungkin telah ditetapkan kerana garisan ‘unik’ tidak kelihatan lagi. Oh macam tu ke…

▶️✨🎶✨📶

A post shared by 권지용 (@xxxibgdrgn) on

내쉴곳은작은집, 내집뿐이리🆓

A post shared by 권지용 (@xxxibgdrgn) on

Kamera pecah dan hasilnya cukup unik, hebat sungguh! Apapun diharap tiada sesiapa yang berniat untuk memecahkan kamera sendiri semata-mata untuk mencapai kesan foto aesthetic seperti G-Dragon.

RUJUKAN

Komen Anda