Info Menarik

Svenson Hair Filler, Rawatan Teknologi Untuk Rambut Lebat Dalam Masa 12 Minggu

Malisa Aina
/

P.E.T.I.T.E

Svenson Hair Filler, Rawatan Teknologi Untuk Rambut Lebat Dalam Masa 12 Minggu

Masalah rambut gugur dan nipis merupakan mimpi ngeri setiap kaum wanita.

Oleh itu, packar penjagaan rambut yang berpusat di London, Svenson memperkenalkan Svenson Hair Filler, rawatan berteknologi canggih Active Complex yang telah terbukti melalui ujian klinikal menjanjikan rambut yang lebih lebat dan tebal dalam masa 12 minggu.

Foto – Svenson

Svenson Hair Filler menjamin dapat mengurangkan masalah rambut gugur, rawatan ini mampu mengembalikan kulit kepala dan folikel (dalam kulit kepala) yang lebih sihat dan meransang pertumbuhan rambut yang lebih lebat dan tebal.

Joanne Yeong, Pengarah Operasi (Malaysia) Svenson berkata rawatan terbaru ini mensasarkan golongan yang menghadapi masalah keguguran rambut dan kulip kepala disebabkan oleh pelbagai faktor.

Foto – Arkib Wanista
Kelebihan Svenson Hair Filler

Terkandung di dalam rawatan rambut ini ialah bahan-bahan aktif yang konsisten dan peptida (sebatian yang terbentuk daripada dua asid amino) yang telah dipatenkan akan mengalir terus ke akar rambut, dengan menggunakan teknologi “time-release” secara berterusan yang dijamin memberi kesan positif terhadap rambut.

Bahan aktif kompleks di dalam rawatan ini dicipta untuk menggalakkan perjalanan darah di dalam kulit kepala di samping membantu meransang pertumbuhan rambut dengan meningkatkan saiz rambut di dalam kulit kepala justeru memanjangkan jangka hayat rambut.

Foto – The Singapore Women’s Weekly

Dengan lebih 60 tahun pengalaman di dalam industri rambut dan kulit kepala, Svenson sangat yakin dengan penggunaan teknologi yang canggih dan teknik yang telah diperakui ini mampu memberi kesan positif kepada pesakit yang mengalami masalah rambut menipis dan keguguran.

Untuk info lanjut, layari laman web www.svensonhair.com.my

Komen Anda