Dekorasi

Bijak Guna Ruang Sempit! Ilham Rumah Mikro Di Jepun Ni Buat Korang Kagum

Afiqah Syamin
/

Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️

Bijak Guna Ruang Sempit! Ilham Rumah Mikro Di Jepun Ni Buat Korang Kagum

Kawasan tanah yang kecil mungkin tidak menarik perhatian kita di Malaysia namun di Jepun, biar sekecil mana harta yang dimiliki, itu sudah boleh dianggap ganjaran yang cukup besar dan sebaik-baiknya akan digunakan secara menyeluruh.

Ternyata, “Rumah Mikro” yang merupakan gelaran untuk merujuk kepada kediaman bersaiz kecil amat popular di sana. Ramai arkitek di negara matahari terbit itu bijak menggunakan ruang, kemudian tampil dengan rekaan rumah genit tetapi sangat molek umpama rumah milik ‘orang ada-ada’.

Rekaan rumah mikro unik yang hanya dipagari dinding kaca dan rangka besi. Sumber: newstatesman.com

Mungkin kerana populasi mereka yang padat menjangkau 127 juta orang direkodkan pada tahun lalu, ditambah pula bebanan kos sara hidup tinggi, rata-rata masyarakatnya menghuni rumah-rumah kecil dan sempit namun itu tidak menghalang mereka untuk hidup secara mewah dalam keadaan minimalis.

Jom Wanista kongsikan foto-foto ilham rumah sempit yang tetap cantik dan kemas meskipun ruangan kecilnya tidak dapat menampung ahli keluarga yang ramai.

Sumber: Mizuishi Architect Atelier

Seperti rumah rekaan arkitek Jepun bernama Kota Mizuishi yang terletak berhampiran anak sungai Siginami ini, ia amat terkenal sebagai salah satu binaan popular di Tokyo.

Pemandangan rumah daripada sisi…

Sumber: Mizuishi Architect Atelier

Pembinaannya siap pada 2011, kediaman dua tingkat ini hanya meliputi kawasan seluas 595 kaki persegi dan mampu memuatkan keluarga kecil tiga orang termasuk suami, isteri dan seorang anak.

Bentuk rumah mikro yang unik mencerminkan daya kreativiti berkelas milik arkitek Jepun…

Sumber: Mizuishi Architect Atelier

Ruang atas digunakan sebagai dapur, tempat makan, ruang tamu serta balkoni.

Pemandangan nyaman dari balkoni apabila tingkap gelongsor dibuka. Sumber: Mizuishi Architect Atelier
Apabila pintu gelongsor ditutup, lantai balkoni serta-merta berubah smenjadi bangku ruang tamu malah bahagian bawahnya turut dijadikan ruang simpanan. Sumber: Mizuishi Architect Atelier

Pemandangan daripada dapur yang menghala ke arah bilik anak di bahagian loteng serta ruang tamu di bawahnya…

Keadaan dapur yang agak luas bisa memuatkan meja makan. Sumber: Mizuishi Architect Atelier

Manakala bahagian lotengnya pula dijadikan kamar untuk anak yang kemudian boleh diubah suai apabila anak itu semakin membesar kemudian.

Menjadikan loteng sebagai bilik adalah cara ideal mempelbagaikan kegunaan ruang dalam rumah yang terhad…

Loteng dijadikan bilik. Sumber: Mizuishi Architect Atelier

Kamar beradu untuk anak ini adalah berkonsep terbuka dan boleh diakses melalui tangga yang disediakan di sebuah penjuru tidak berpintu. Ianya dikelillingi dinding yang dilengkapi sebuah tingkap gergasi untuk pencahayaan strategik serta penghadang besi ringkas yang membolehkan penghuni meninjau ke bawah melihat ke arah dapur.

Sumber: Mizuishi Architect Atelier

Ruang tingkat bawah yang berhampiran pintu masuk utama menempatkan perkakas bilik tidur si ibu dan bapa sambil dilengkapi bilik mandi dan tandas untuk kegunaan harian.

Bilik utama di tingkat bawah memuatkan almari, rak baju, meja kerja, dan katil…

Langsir jarang digunakan sebagai tirai yang boleh menutup ruangan bilik ketika tetamu datang melawat. Sumber: Mizuishi Architect Atelier
Bilik air selesa turut memuatkan tab mandi yang tandasnya dipisahkan oleh pintu kaca. Sumber: Mizuishi Architect Atelier

Tangga menuju ke tingkat atas yang membawa ke arah ruang tamu, dapur dan tempat makan…

Sumber: Mizuishi Architect Atelier

Comel dan nampak moden kan rumah begini? Jadi kalau berduit lebih tu, ada baiknya korang beli tanah dan bina rumah mikro sebegini. Untung-untung kalau tak mahu tinggal di situ pun, boleh buat duit dengan menjadikannya sebagai rumah persinggahan (homestay) yang disewakan kepada orang!

Ini barulah, “Don’t judge a book by its cover”. ❤️

RUJUKAN

Komen Anda