Kalau di Malaysia kira-kira hanya ada satu sahaja drama remake asal Korea Selatan iaitu My Coffee Prince lakonan adaptasi dari Fattah Amin (Gong Yoo) dan Janna Nick ( Yoon Eun-hye). Ada lagi ke selain Coffee Prince sebelum ini? Kalau ada tolong beritahu penulis ya…
Jika Malaysia baru satu, Thailand sudah mempunyai lapan drama remake dan kebanyakan drama adaptasi mereka berjaya menambat hati penonton tempatan dan luar. Bukan itu sahaja, sememang peminat drama Thailand amat menggemari drama Korea yang diolah mengikut bahasa, para pelakon dan lokasi di negara mereka.
Menariknya lagi, susunan jalan cerita, pilihan pelakon dan konsep cerita saling tidak tumpah dengan drama asal tapi mereka mengekalkan citarasa Thailand. Agaknya drama apa orang Thailand dah copy paste Korea?
#1 Korea: Goong (2006)
Berkisarkan perjalanan sebuah perkahwinan seorang putera raja dengan gadis dari orang kebanyakan. Bukan sahaja cerita cinta biasa, ia juga menampilkan konflik dalam perebutan kuasa dikalangan kerabat diraja. Drama ini drama paling popular di Korea Selatan hingga mencapai rating sehingga 28.3%. Begitu juga dengan Princess Hour Thailand yang berjaya menambat hati penonton di Malaysia baru-baru ini.
Thailand: Princess Hour (2017)
#2 Korea: Secret Garden (2010)
Drama Korea paling unik apabila si hero dan heroin bertukar badan, pelbagai adegan mencuit hati dan romantis dalam drama ini. Lakonan Hyun-bin dan Ha Ji-won sangat memberi kesan pada penonton sehingga drama ini mencatat banyak kejayaan di acara anugerah. Thailand pun tak nak mengalah dengan bakal menayangkan Secret Garden dalam versi mereka dari pelakon cantik manis Baifern Pimchanok dan si gagah Ananda Everingham!
Thailand: Secret Garden (2017)
#3 Korea: I’m Sorry, I Love You (2004)
Kisah cinta tragis dan penuh dengan konflik sehingga berdepan dengan pembunuhan. Pada episod terakhir drama ini mencapai rating sehingga 29.2%. Selepas 12 tahun kemudian, giliran Thailand pula membikin remake drama tragis ini.
Thailand: Sorry, I Love You (2016)
#4 Korea: A Love To Kill (2005)
Lagi kisah cinta tragis yang melibatkan agenda jahat pembunuhan. Siapa pernah tonton drama ini pasti tahu betapa sedih dan hero heroin dapat bersama tapi dalam keadaan menyayat hati! Jika di Korea drama ini dimainkan Rain dan Shin Min-ah, gandingan New Chaiyapol Pupart dan View Wannarot Sontichai pun tidak kurang hebatnya.
Thailand: A Love To Kill (2016)
#5 Korea: Playful Kiss (2010)
Rupanya drama ini adaptasi dari drama asal Jepun, Itazura na Kiss kemudian diikuti oleh Korea, Playful Kiss. Menariknya tentang Playful Kiss, ia tidak mendapat perhatian di Korea Selatan tapi apabila dijual ke 12 negara luar ia menjadi drama pilihan. Ia amat popular sehinggakan mengeluar edisi istimewa yang ditayangkan di Youtube. Thailand kemudian mengikut jejak langkah Korea dan Taiwan dengan menghasilkan versi mereka tersendiri.
Thailand: Kiss Me (2015)
#6 Korea: Full House (2004)
Drama kegemaran ramai dan gandingan Rain dan Song Hye Kyo sangat bersahaja. Kalau ditonton lagi sekarang ia masih menjadi pujaan dan mencuit hati. Selepas 10 tahun drama ini berlalu, Thailand kemudian mengeluarkan Full House cara mereka dari bintang popular, Mike D. Angelo dan Aom Sushar Manaying.
Thailand: Full House (2014)
#7 Korea: Endless Love, Autumn In My Heart (2000)
Jangan ingat drama Autumn In My Heart hanya meletup di Malaysia sahaja, di Thailand sampai di buat sendiri lagi! Kalau di Korea ada Song Seung Heon tapi di Thailand ada Tik Jesdaporn Pholdee.
Thailand: Autumn In My Heart (2013)
#8 Korea: Coffee Prince (2007)
Sebelum Malaysia, Thailand sudah punya Coffee Prince mereka sendiri! Siri romantik komedi ini merupakan adaptasi dari sebuah novel penulis Lee Sun-mi. Apa-apa pun Wangcharoenporn Weeradon dan Fattah Amin tidak dapat mengalahkan aura Gong Yoo, betul ke? Rasanya setiap orang punya cara masing-masing.
Thailand: Coffee Prince (2012)
#9 Korea: My Girl (2005)
My Girl versi Thailand dah keluar tahun ekslusif di Viu! Lakonan Esther Supreeleela dan Pae Arak Armonsupasiri agaknya boleh kalahkan Lee Dong Wook tak?
Thailand: My Girl (2018)
Ada lagi tak yang Wanista terlepas? Kalau ada kongsikan dengan kami ya!