Review - Kecantikan

Nak Pipi Natural Pinkish? Guna Cushion Blush Trend Mekap Baru Korea

Izzah Azizah
/

haiwan, beauty stuff dan diri sendiri.

Nak Pipi Natural Pinkish? Guna Cushion Blush Trend Mekap Baru Korea

Sekarang semua nak nampak natural bukan?! Trend mekap dari K-Beauty melancarkan saingan hebat produk mekap dari Barat. Sebelum ini trend BB Cushion juga menyebabkan sebilangan dari jenama gergasi kosmetik Barat turut mengeluarkan rangkaian bedak BB Cushion. Hebat betul penangan K-Beauty!

Seperti yang kita tahu blusher atau pemerah pipi biasanya datang dari jenis bedak, krim atau gel tint. Namun yang paling trend kini ialah Cushion Blusher, rata-rata yang penulis lihat sudah ramai peminat mekap di Malaysia mula mencuba teknik ini. Ia dikatakan mampu beri efek warna merah jambu semulajadi dan bercahaya pada pipi. 

TERKINI: Selain Kening Bersepah, Ini Trend Lain K-Beauty 2018 Bakal Menyinar

Buat anda yang pertama kali mendengar tentang cushion blusher, pasti tertanya-tanya tentang keberkesanan hasilnya, teknik memakai dan kebaikan serta keburukan yang terdapat dalam produk ini. Penulis telah mencubanya dan ini kata penulis tentang cushion blusher

Foto – CLEO Singapore

Produk cushion blusher yang penulis cuba ialah dari jenama Laneige iaitu produk baharu mereka dalam variasi produk pemerah pipi dan ia juga dalam edisi terhad Delights, Pop! Setakat ini, Laneige hanya mempunyai 1 kod warna sahaja untuk cushion blusher

Foto – arkib Wanista.com

Bekas dan rekaan cushion blusher sama seperti kompak BB Cushion tapi saiz yang lebih kecil. Jenis puff, bau produk dan tekstur formula juga saling tak tumpah. Bekas comel ini sangat menarik perhatian lebih lagi dalam edisi Delights, Pop! 

Foto – arkib Wanista.com

Perlu berhati-hati…

Sebenarnya agak sukar untuk mengaplikasi blusher ini kerana bentuk puff tidak beri kerjasama yang baik pada bahagian pipi. Tips dari penulis, sapukan sedikit sahaja produk, kemudian gunakan teknik ‘dab’ secara perlahan-lahan. Jangan risau, ia sangat mudah blend kerana tekstur krim yang cair. 

Penulis guna hujung puff untuk aplikasi. Foto – arkib Wanista.com

Boleh guna dengan foundation lain? 

Ya boleh, tak semestinya dengan BB Cushion. Penulis sendiri pakai cushion blusher bersama foundation kegemaran penulis. Tidak menjadi masalah pun ia masih terletak cantik dan well blending

Foto – arkib Wanista.com

Betul ke pipi tampak natural

Beberapa minit setelah anda siap menyapu cushion busher mungkin ia kelihatan agak terang dan pekat tapi setelah itu ia mula meresap bersama foundation, pipi anda akan tampak semulajadi pinkish. Jika anda mahu hasil lebih pekat, macam produk blusher yang lain hanya tambah lagi amount produk. 

Formula cushion yang menyerap pada permukaan kulit. Foto – arkib Wanista.com

Berbaloi untuk beli blusher cushion?

Sekurang-kurangnya anda boleh menggunakannya sebagai alternatif untuk pakai blusher without makeup. Bagi penulis ia sememang beri hasil warna pipi semulajadi dan sangat sesuai dipakai tanpa atau bersama mekap. 

Foto – arkib Wanista.com

Dapatkan Laneige Cushion Blusher Delights, Pop! pada harga RM95 di kaunter Laneige berhampiran anda. Kalau anda suka rekaan kompak cushion Laneige kali ini, penulis selitkan, baca: Tak Rugi Kumpul Bekas BB Cushion Laneige Tau… Kenapa Pulak?

XOXO! 

Komen Anda