Kecantikan

Muka Berminyak Teruk Gara-Gara Krim Pelembap, Ni Cara Betul Pilih “Moisturizer” Untuk Kulit

Afiqah Syamin
/

Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️

Muka Berminyak Teruk Gara-Gara Krim Pelembap, Ni Cara Betul Pilih “Moisturizer” Untuk Kulit

Toner, sudah… Primer, sudah… Setting Spray pun sudah, jadi kenapa muka ni masih berminyak! Lebih parah bila pori-pori wajah mula terlihat meskipun sudah dilapisi bedak asas yang tebal. Hmm… Korang mesti dilema kan?

Kebanyakan wanita akan berminyak di bahagian T-Zone yang meliputi kawasan hidung dan dahi, manakala kering di bahagian pipi terutamanya. Jadi, meninggalkan rutin pelembap wajah adalah tidak wajar sama sekali kerana kulit akan kehilangan lembapan optimum lebih-lebih lagi apabila individu tersebut terdedah dalam keadaan yang berpenghawa dingin.

Sumber: salamati.ir

Sama seperti memilih pencuci wajah yang bertepatan dengan jenis kulit sama ada kering, berminyak atau kombinasi, penjagaan kulit adalah mustahak kerana jika tidak rapi, ia boleh mendatangkan masalah yang lebih serius.

Jadi bagaimana caranya memilih pelembap wajah yang bersesuaian dengan kulit agar tidak berminyak saban hari? Jom Wanista kongsikan panduannya.

Jenis-Jenis Pelembap

Secara amnya, pelembap wajah terdapat dalam tiga pilihan iaitu:-

  • Krim
  • Gel
  • Losyen

#1 Kering = Pelembap Wajah Jenis Krim 

Jika kulit adalah jenis yang kering dan terasa menegang, anda haruslah memanfaatkan pelembap wajah jenis krim. 

Sumber: necessarynothings.com

Krim biasanya mengandungi 50% minyak dan 50% air. Ia memang berfungsi untuk memulih kulit yang kering dan berpigmentasi.

Biarpun begitu, pelembap jenis krim akan menghalang kemasukan udara ke dalam kulit wajah sekaligus menyukarkan penyerapan nutrisi ke dalam kulit. Oleh itu, adalah lebih baik jika pelembap jenis krim ini disapu secara nipis dan tidak berlebihan.

#2 Berminyak / Kombinasi = Pelembap Wajah Jenis Gel 

Bagi kulit yang berminyak atau kombinasi (kering + berminyak), pelembap jenis gel adalah pilihan yang bijak. Ini kerana formula gel mengandungi kadar lembapan air bebas minyak.

Bedak asas dan primer biasanya sudah mengandungi kadar minyak yang tinggi oleh itu, menggunakan pelembap jenis krim akan membuatkan wajah menghasilkan lebih banyak minyak!

Sumber: instyle.com

 

Sebaiknya gunakan pelembap jenis gel agar ia bisa menyalurkan kadar lembapan mencukupi untuk kulit dan pastinya mampu memperbaiki keadaan kulit yang kendur sekaligus memudahkan sapuan solekan ke atas kulit.

Bagi yang memiliki kulit berjerawat, anda juga dinasihatkan untuk memanfaatkan pelembap berasaskan gel kerana takut-takut pelembap jenis krim dan losyen akan menyesakkan sekaligus menyumbat pori-pori lalu menyebabkan lebih banyak jerawat!

#3 Kering Ekstrem Pelembap Wajah Jenis Losyen 

Sumber: Innisfree

Mengelupas sehingga menyebabkan kulit terasa perit dan pedih? Gunalah pelembap wajah berasaskan losyen. Ini kerana losyen mengandungi kadar lembapan yang lebih tinggi berbanding gel dan mampu menyerap lebih cermat ke dalam kulit.

Sumber: Innisfree

Formulasi losyen juga kaya dengan nutrisi lain yang mampu membantu kekeringan kulit untuk pulih lebih cepat di samping melembap. Ideal untuk kegunaan ketika berada dalam iklim sejuk!

Jom tukar pelembap korang mengikut kesesuaian kulit agar tiada lagi masalah kulit berminyak. Selamat beramal ❤️

RUJUKAN 1 & 2

Komen Anda