“Armpit Vagina”? Kenapa menjadi mimpi ngeri untuk selebriti Hollywood khususnya yang wanita?
Seorang stylist yang telah bekerja dengan ramai selebriti hebat Hollywood mendedahkan bahawa armpit vagina adalah satu kebimbangan yang tidak digemari mereka, lebih-lebih lagi apabila mengambil gambar.
Ini dia armpit vagina atau biasanya dipanggil armpit fat (lemak dibahagian ketiak).
Jika anda pernah memakai bra dan perasan kulit tambahan antara lengan dan ketiak, anda tidak bersendirian. Lemak di kawasan itu adalah perkara biasa dan tidak perlu dirisaukan.
Untuk pengetahuan anda, ungkapan armpit vagina dicipta oleh Jennifer Lawrence yang merasa gelisah dengan penampilannya ketika SAG 2014.
Beliau memberitahu wartawan di karpet merah; “Saya tahu saya mempunyai lemak di ketiak, saya okay saja…ia adalah armpit vagina.”
Ketika itu dia muncul dengan dress tube ketat potongan ikan duyung, sememangnya menampakkan susuk tubuh yang agak berisi, lebih-lebih lagi di bahagian lengan ketiaknya.
Bukan Jennifer Lawrence sahaja yang bimbang dengan ‘masalah kecil’ itu, bintang lain seperti Emma Watson dan Sophie Turner juga mendedahkan kerisauannya malah mengelak daripada memakai dress tanpa lengan.
Rebecca Corbin-Murray memberitahu The Times; “Ia adalah bahagian paling aneh dan ditakuti dari badan mereka.”
Menurutnya lagi, ini bukanlah sesuatu perkara yang baru tetapi kerana kebimbangan pada penampilan mereka, ada yang langsung mengelak memakai dress strapless kerana takut ramai melihat ketiak mereka yang tidak sesempurna boneka Barbie.
Bukti, pada bulan Mei, model Chrissy Teigen mendedahkan bahawa dia telah melakukan operasi liposuction pada ketiaknya hampir sedekad yang lalu untuk mengelakkan armpit vagina yang hanya mencacatkan penampilan.
“Selepas menjalani liposuction, saya berasa lebih yakin malah bebas memakai baju tanpa lengan. Ia adalah rahsia besar yang saya simpan tetapi kini saya tidak peduli kerana ia sudah berlaku sembilan tahun lalu.”
Pakar bedah plastik yang berpangkalan di Beverly Hills, Sheila Nazarian memberitahu bahawa kebanyakan wanita muda sekitar usia 20-an, 30-an dan kadang-kala 40-an yang meminta pembedahan pengurangan lemak, yang boleh dicapai melalui liposuction. Liposuction adalah prosedur yang paling biasa untuk jenis penyingkiran lemak ini, dan ia boleh dilakukan di bawah anestetik tempatan hanya dalam beberapa jam.
Sebenarnya isunya sangat ringan tetapi mungkin terasa bila memakai dress tanpa lengan dan lagi menyakitkan hati ada yang memandang kerana lengan besar dan berlemak..