Gossip Antarabangsa

Bekas Teman Lelaki Rihanna Kini Keluar Berpacaran Dengan Agnes Monica?

Afiqah Syamin
/

Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❀️

Bekas Teman Lelaki Rihanna Kini Keluar Berpacaran Dengan Agnes Monica?

Kini menetap di Los Angeles, penyanyi Indonesia berusia 31 tahun yang juga dahulu pernah muncul dalam siri sinetron “Ku T’lah Jatuh Cinta” sekitar 2005 kini khabarnya sedang mesra berpacaran dengan bekas teman lelaki Rihanna iaitu Chris Brown!

Sumber: Pinterest

Dikenali sebagai Agnez Mo di Hollywood, kelibatnya yang dilihat berdampingan dengan Chris Brown sewaktu menghadiri parti ulang tahun ke-42 DJ Khaled seolah menguatkan lagi andaian bahawa memang ada sesuatu yang istimewa di antara mereka.

Agnes Monica mengelak untuk jalan bersama Chris Brown sewaktu menghadiri parti ulang tahun DJ Khlaed. Sumber: splashnews.com

Cerita mengenai gossip mereka dilamun cinta tersebar sejak minggu lalu namun mereka mengelak untuk jalan bersebelahan sebaik sedar ada paparazi yang memerhati.

Chris Brown sebelum ini pernah dikecam kerana bertindak mencederakan Rihanna. Sumber: splashnews.com

Menurut sumber, sewaktu di acara parti itu pun, mereka berdua-duaan di tempat yang agak gelap supaya dapat mengelak daripada jurugambar.

@chrisbrownofficial πŸ”₯

A post shared by AGNEZ MO (@agnezmo) on

“Mereka nampaknya sedang dalam perbualan yang serius dan meskipun gerak-geri mereka tidak menampakkan seperti mereka sedang bercinta namun, ternyata orang yang melihat dapat merasakan ada aura cinta lebih daripada seorang teman di antara pasangan itu”, jelas seorang saksi.

Beberapa minggu lalu, Chris Brown ada memuat naik fotonya bersama Anges Monica ke akaun Instagram namun telah dihapuskan. Biarpun begitu, Agnes sempat mengeposnya kembali di akaun instagramnya.

πŸ”₯@chrisbrownofficial #AGNEZMOxCHRISBROWN #AGNEZMO

A post shared by AGNEZ MO (@agnezmo) on

Bukan itu sahaja, Agnes juga tampil menjadi model untuk rangkaian pakaian jenama “Black Pyramid” rekaan Chris Brown baru-baru ini.

#newyorkbound #bts #photoshoot #AGNEZMO

A post shared by AGNEZ MO (@agnezmo) on

Sehingga kini, masing-masing masih berdiam diri dan belum mengemukakan sebarang maklum balas mengenai gosip percintaan mereka.

Sumber: Christopher Polk/Getty Images for NARAS

Chris Brown, 28, adalah penyanyi yang popular dengan single berjudul “With You” dan pernah bercinta dengan Rihanna suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, mereka akhirnya berpisah setelah Chris Brown bertindak mencederakan Rihanna hampir separuh mati sehingga kes itu mendapat liputan meluas malah pernah didakwa kerana mengacukan pistol pada seorang wanita tahun lalu.

Wajah Rihanna cedera teruk selepas dibelasah teman lelakinya, Chris Brown sekitar 2009. Sumber: govastileto.gr

SUMBER 1, 2 & 3

Komen Anda