Review - Makanan

Craving Makan Manis? Sila Pergi Ke Miru Dessert Cafe Sekarang!

Izzah Azizah
/

haiwan, beauty stuff dan diri sendiri.

Craving Makan Manis? Sila Pergi Ke Miru Dessert Cafe Sekarang!

Mungkin ramai kurang dengan budaya makan pencuci mulut, lebih-lebih lagi rakyat Malaysia yang hanya mengambil menu tetap sarapan, makan tenghari dan malam. Jadi bila masa pula nak menikmati pencuci mulut yang manis-manis? 

Bagi yang ketinggalan, rupanya budaya makan pencuci mulut sudah menjadi trend di negara Jepun, Taiwan dan Hong Kong. Mereka lebih gemar makan juadah yang manis tidak kira waktu dan ada juga yang mengambilnya seperti menu harian! 

Pada anda yang teringin untuk mencuba juadah manis atau pencuci mulut versi dari negara matahari terbit, Miru Dessert Cafe ada menyediakannya. Variasi pilihan pencuci mulut di kafe ini amat mengenyangkan dan paling penting harganya amat berpatutan. 

Miru Dessert Cafe Pavilion KL. Foto – arkib Wanista.com
# Pilihan minuman (RM8.90 – 12.90) 
Cawan pun dah comel. Foto – arkib Wanista.com

Minuman sejuk atau panas, ice-blended, soda, aiskrim soda dan banyak lagi untuk menjadi pilihan. Boleh dikatakan setiap kali bila ke Miru memang tidak pernah bosan sebab ada lebih dari 30 jenis minuman untuk dinikmati! 

Matcha Latte, kemas sahaja ukirannya. Foto – arkib Wanista.com
# Strawberry Cream Pancakes (RM17.90)
Strawberry Cream Pancakes. Foto – arkib Wanista.com

Terdapat lagi 3 jenis pilihan pancakes iaitu Classic Pancakes, Banana Cream Pancakes dan Pancakes with Sausages and Eggs. Penulis pilih untuk mencuba Strawberry Cream Pancakes, teruja rasanya dapat menikmati roti pancake yang sangat lembut. Adunan pancake yang dibuat sendiri memang langsung tidak memuakkan. Biasanya pancake di kafe lain agak tebal dan menjadi muak tapi lain di Miru. Malah, krim putar pun dihasilkan sendiri olah kafe ini! 

Foto – arkib Wanista.com

Saiz pancake dan buah strawberi yang segar ini penulis rasa cukup untuk dua atau tiga orang makan tapi kalau anda perut yang besar boleh kot makan seorang.

# Custard Pudding (RM13.90)
Custard Pudding. Foto – arkib Wanista.com

Rasanya puding kastard sudah sinonim dengan kita semua, namun kelembutan dan kepekatan manis sos karamel dalam puding kastard Miru, penulis tak pernah jumpa lagi. Kastard yang dimakan sejuk-sejuk, lembut dan cair didalam mulut penulis.

Strawberry Milk Pudding. Foto – arkib Wanista.com

Bagi anda yang suka kelainan, Miru juga menyediakan perisa puding kastard dari Matcha Pudding dan Strawberry Milk Pudding. 

# Chocolate Banana Waffle (RM20.90) 
Chocolate Banana Waffle. Foto – arkib Wanista.com

Cantiknyaaaaaa! Itulah reaksi pertama penulis bila Chocolate Banana Waffle dihidangkan seperti bentuk bunga matahari pun ada. Wafel yang dihidangkan dengan potongan pisang yang segar, aiskrim dan sos coklat. Penulis rasa siapa yang muatnaik gambar Chocolate Banana Waffle di Instagram pasti mendapat hit dari pengikut anda. 

Foto – arkib Wanista.com
# Shibuya Honey Toast (RM18.90)
Shibuya Honey Toast. Foto – arkib Wanista.com

Jika anda tak tahu nak order apa bila ke Miru Desserts Cafe buat kali pertama, nah Shibuya Honey Toast bakal buat anda jatuh cinta lagi. Roti bakar yang dilapis dengan mentega kemudian dihidangkan bersama aiskrim vanilla, krim putar dan kekacang. 

Disebabkan Shibuya Honey Toast merupakan best-seller di Miru Cafe, penulis ‘belanja’ lagi gambar Shibuya Honey Toast yang menggiurkan…

Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
# Two-Tone Kakigori/Horlicks & Milo (RM25.90) 
Two Tone Kakigori Horlicks Milo. Foto – arkib Wanista.com

Apa yang penulis suka tentang Miru Desserts Cafe, mereka masih mengekalkan rasa tempatan dengan memperkenalkan kakigori dalam perisa Horlicks dan Milo. Biasa minum air sahaja tapi kali ini kita makan parutan ais bersusu bersama taburan minuman kegemaran rakyat Malaysia. Elemen kejutan dalam kakigori buat anda teruja sebab ia bukan parutan ais semata-mata. 

Foto – arkib Wanista.com

Terdapat banyak lagi menu dan juadah dari Miru Desserts Cafe tapi penulis highlights yang mana paling wajib untuk dicuba. Setiap presentation hidangan juga amat menarik dan istimewa, iyalah pasti dah jadi rutin untuk bergambar dahulu sebelum makan. 

Menu Miru Dessert Cafe. Foto – arkib Wanista.com

Jangan risau dengan status ‘Halal’, Miru Dessert Cafe diiktiraf halal dan semua bahan yang digunakan dalam menu mereka dihasilkan oleh produk tempatan dan Miru sendiri. Memang anda akan rasa sendiri kesegaran dalam bahan masakan mereka. Sebelum anda masuk ke dalam kafe ini pun, mata anda pasti tertancap pada simbol ‘A’ direkodkan oleh DBKL. 

Halal dan ‘A’ bersih! Foto – arkib Wanista.com

Dekorasi dan suasana terbuka Miru Desserts Cafe di Pavilion KL ini juga buat penulis rasa tempat terbaik untuk anda melepak bersama rakan-rakan, keluarga atau insan tersayang. Jika anda seorang introvert, suka bersendirian dan berinteraksi melalui laman maya, meja panjang khas bersama suis pengecas pun ada.

Sambil makan desserts boleh layan movie. Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Lokasi yang penulis kunjungi ini ialah di Pavilion KL, Miru Dessert Cafe mempunyai dua cawangan iaitu:

  1. Pavilion Kuala Lumpur
    Lot 6.35 Level 6 Pavilion Kuala Lumpur
    168 Jalan Bukit Bintang
    55100 Kuala Lumpur
    Waktu beroperasi:
    Isnin – Ahad: 10 pagi – 10 malam
  2. Damansara Uptown
    62, Jalan SS21/58
    Damansara Utama
    47400 Petaling Jaya
    Waktu beroperasi:
    Isnin – Khamis: 12 tengahari – 11 malam
    Jumaat – Sabtu: 12 tengahari – 12 pagi
    Ahad: 12 tengahari – 11 malam
    Cuti am/perayaan: 12 tengahari – 12 pagi
Karakter Miru yang comel! Foto – arkib Wanista.com

​Keseluruhan tentang Miru Dessert Cafe, penulis dan team Wanista beri 4/5 ⭐️. Selamat mencuba dan serius ianya sangat berbaloi. Info lanjut mengenai Miru Dessert Cafe: http://www.mirudessertcafe.com atau Instagram @mirudessertcafe.

Komen Anda