Bersempena dengan pembukaan restoran yang ke-42 Texas Chicken di Malaysia, buat pertama kali mereka debut dengan konsep baru Tex Café™ iaitu kafe yang bukan sahaja menyediakan menu ayam goreng tapi pelbagai kopi dan pencuci mulut. Restoran baru ini telah dibuka di KLCC sebagai penanda baru untuk memasuki pasaran global dan Asia Tenggara.
Tex Café sebuah konsep yang baharu menawarkan menu istimewa dari pelbagai minuman panas dan sejuk dari cappuccino, latte, espresso, hot chocolate dan banyak lagi serta variasi pilihan kek dan muffin. Disamping itu, menu utama Texas Chicken juga boleh didapati iaitu ayam goreng (Spicy dan Original), Honey-Butter Biscuits, Mexicana Burger, Jalapeno Cheese Bombers dan pelbagai lagi di Tex Café.
Untuk masa yang terhad ini, pelanggan boleh menikmati Chocolate Chip Biscuits edisi terhad. Tidak dilupakan juga kepada penggemar aiskrim, Tex Café akan menampilkan menu aiskrim dari perisa Strawberry and Chocolate Shortcakes dan Chocolate Volcano.
Maklumat lanjut mengenai Texas Chicken Malaysia, layari http://www.texaschickenmalaysia.com/.