Pasti ramai gadis diluar sana patah hati bila Putera Harry dengan rasminya telah menjadi tunangan kepada aktres dan aktivis kelahiran Amerika Syarikat, Meghan Markle. Jika dahulu nama dan wajah Meghan hanya muncul dikaca televisyen sempena drama Suits kini beliau semakin lagak mengikuti aktiviti Putera Harry di UK.
BACA: Putera Harry Akhirnya Menyunting Aktres Meghan Markle Sebagai Bakal Isteri!
Iyalah, orang bakal jadi kerabat diraja pasti kena tahu protokol, etika dan aktivti-aktiviti yang disarankan. Meghan bukanlah rakyat Amerika yang pertama diangkat menjadi keluarga kerabat, paling menjadi perhatian apabila aktres klasik, Grace Kelly berkahwin dengan Putera Rainier III of Monaco pada tahun 1956.
Masih lagi ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan Meghan ini? Apa yang menarik sangat tentang Meghan dimata Putera Harry. Wanista senaraikan fakta menarik dan latar belakang peribadi milik Meghan Markle.
#1 Megan bukan nama pertamanya sebaliknya nama tengah. Nama sebenar beliau ialah Rachel Meghan Markle.
#2 Berdarah campuran, ibunya dari Amerika-Afrika manakala bapanya pula berdarah Belanda-Irish.
#3 Dilahirkan pada 4 Ogos 1981 dan kini berusia 36 tahun. Beliau 3 tahun lebih tua dari Putera Harry.
#4 Pernah berkahwin pada 2011 dengan seorang produser filem, Trevor Engelson tapi berpisah dua tahun selepas itu.
#5 Berbakat dalam seni tulisan kaligrafi. Pernah mengambil upah untuk menulis kaligrafi untuk majlis perkahwinan dan pelbagai acara.
#6 Pernah memiliki laman web TheTig merencanakan soal gaya hidup pada 2014. Setelah itu menutupnya pada awal tahun ini.
https://www.instagram.com/p/BSlzBvGhwxW/?taken-by=meghanmarkle
#7 Aktif dalam yoga sejak berusia 7 tahun lagi. Ibunya sendiri mengajar beliau tentang asas yoga.
#8 Pernah menjadi duta untuk World Vision Artist Collective untuk membantu kanak-kanak di Rwanda mendapatkan pendidikan. Disitulah di bertemu dengan Putera Harry disebuah makan malam amal.
#9 Menjadi carian utama di laman Google pada 2016. Mungkin ini semua gara-gara hubungan beliau bersama Putera raja.
#10 Memiliki ijazah dalam jurusan komunikasi dari Northwestern University pada 2003.
#11 Melalui kajian dari MyHeritage.com, Meghan mempunyai darah dari Shakespeare melalui bapanya. Agaknya memang beliau sudah ditakdirkan untuk kembali menjadi seorang British.
#12 Pernah bergambar di luar Istana Buckingham sebagai pelancong pada usia 15 tahun dan kini beliau bakal mendiaminya!
#13 Meghan bakal membuat permohonan kewarganegaraan British selepas berkahwin.
#14 Sebagai persediaan, Meghan bakal mengikuti program khas selama 6 bulan untuk mengenali Britain.
#15 Gelaran rasmi Meghan selepas berkahwin ialah Duchess of Sussex dan Puteri Meghan. Namun protokol dari diraja tidak akan memberi kebenaran untuk gelaran ‘Puteri’ menurut dari sumber The Telegraph.
#16 Ratu dan Putera Charles akan membayai kos majlis perkahwinan May 2018 ini.
Tak sabar rasanya nak melihat majlis perkahwinan yang bakal menjadi perkahwinan terbesar di dunia. Semoga aturan perkahwinan Putera Harry dan Meghan berjalan dengan lancar. Buat anda yang kecewa, jangan risau..dengar cerita Putera Mateen dari Brunei single lagi. Eh?