Fesyen

Song Ji Hyo Buat Penonton Melopong Dengan Dress Seksi Di Mama 2017

Malisa Aina
/

P.E.T.I.T.E

Song Ji Hyo Buat Penonton Melopong Dengan Dress Seksi Di Mama 2017

Semalam berlangsungnya Mnet Asian Music Awards (Mama) 2017 dengan gilang-gemilang.

Tahniah buat BTS yang dinobatkan sebagai Artis Terbaik Sepanjang Tahun (Artist of the Year), TWICE sebagai Lagu Terbaik Sepanjang Tahun (Song of the Year) dan EXO menerima anugerah Album Terbaik Sepanjang Tahun (Album of the Year).

Foto – Soompi

Selain tumpuan kepada acara utama, tidak lengkap pula rasanya jika kita tidak intai fesyen yang digayakan selebriti Korea ketika acara karpet merah. Selalunya, pada acara sebeginilah kita boleh melihat para selebriti pasang badan dan bergaya sakan untuk memberikan fesyen yang terbaik.

Foto – czaal.com

Dalam banyak-banyak, our favourite Song Ji Hyo adalah paling menyerlah! Ji Hyo memaparkan kedua-duanya, keanggunan dan keseksian di karpet merah. Memilih dress silhoutte hitam dan biru, jarang di bahagian paha, pinggang, bahu dan payu dara, membuatkan ramai melopong melihat penampilannya yang daring dan hot itu. penonton seakan tidak percaya itu ahli Running Man, Song Ji Hyo.

Foto – Koreaboo

Berbekalkan kecantikan semula jadi dan susuk tubuh seksi, apatah lagi potongan dress ini memang dibuat istimewa untuk Ji Hyo, tidak hairanlah Ji Hyo menjadi buah mulut bahkan trending di media sosial.

Foto – Dispatch

Lengkapi dengan solekan minimal dan rambut panjang berkilat, boleh dikatakan penampilan Ji Hyo nampak menawan sekali.

Apa pendapat korang tentang pilihan fesyen Ji Hyo di karpet merah?

Komen Anda