Kecantikan

Selain Kening Bersepah, Ini Trend Lain K-Beauty 2018 Bakal Menyinar

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Selain Kening Bersepah, Ini Trend Lain K-Beauty 2018 Bakal Menyinar

Tipulah jika anda langsung tidak memiliki produk kecantikan dari negara ginseng, Korea Selatan. Sekurang-kurangnya adalah satu atau dua, tidak kisah produk penjagaan kulit wajah mahupun kosmetik, yang pasti anda tertarik untuk milikinya.

IKLAN

Fenomena produk kecantikan Korea Selatan ini boleh dikatakan sangat luar biasa sehinggakan ada diantaranya sudah menandingi jenama antarabangsa yang lain.

Innisfree Green Tea. Foto – Arkib Wanista

Menurut kaji selidik oleh Pertubuhan Pelancongan Korea, trend kecantikan korea atau lebih dikenali K-Beauty dipengaruhi oleh fenomena K-Pop dan K-Drama yang permintaannya cukup tinggi di serata dunia.

Oleh itu, Amorepacific, syarikat penjagaan kulit dan kosmetik gergasi di negara itu yang telah melahirkan jenama produk seperti Sulwhasoo, Laneige, Etude House, Hera, Mamonde, innisfree terus mencipta revolusi kecantikan di Asia Tenggara dengan pelbagai pembaharuan dan inovasi.

Mamonde Boosting Serum. Foto – Arkib Wanista

Selain menghasilkan produk penjagaan kulit yang berkualiti tinggi seperti Sleeping Mask (istimewa untuk pembersihan kulit semasa tidur), Boosting Serum (menguatkan asas kulit sebelum penjagaan kulit wajah), Teh Hijau, Ginseng dan juga Kekacang, Amorepacific juga ada mengeluarkan produk kosmetik untuk wanita yang senantiasa ingin mempelajari solekan cara wanita Korea Selatan.

Sebagai contoh, Cushion merujuk kepada kompak mekap yang dihasilkan daripada busa urethane, direka khusus dan selamat bagi mengawal dan mengekalkan cecair mekap yang terdiri daripada bedak asas, pelindung matahari dan formula penjagaan kulit. Produk semua-dalam-satu yang inovatif ini telah mengubah rutin mekap asas bagi setiap wanita dalam memberikan sentuhan kemasan mekap yang mudah dan pantas untuk menyerlahkan kulit tanpa cela di mana sahaja.

Baca: Laneige Water Sleeping Mask – Membersih, Melembap & Menawarkan Kualiti Tidur

K-Beauty. Foto – Arkib Wanista

Lantas, Wanista berpeluang mengetahui beberapa trend hangat dunia kecantikan kosmetik yang bakal menyinar untuk tahun 2018.

Ini antara yang menarik minat Wanista;

IKLAN

Wajah

Wajah lembap bersinar

Foto – Be Asia – Be Magazine

Jika anda perasan wanita Korea lebih memilih cara solekan yang ke arah dewy, glow, erti kata lain solekan yang membuatkan kulit wajah tampak lembap bersinar seperti baru keluar dari bilik mandi.

Foto – Arkib Wanista

Untuk mendapatkan solekan dewy, Laneige BB Cushion Pore Control antara keluaran BB Cushion yang mendapat respon terbaik dikalangan wanita Asia. Produk ini menawarkan kemasan yang segar dan semi-matte tanpa kesan minyak dengan formula dual power, memberikan kulit anda kesan yang cantik dan bebas cela.

Pemerah pipi dari rona ceria

Foto – Laneige

Untuk menampakkan pipi merah semulajadi, wanita Korea mendapatkan sentuhan rona seperti vivid rose, magenta dan merah di sekitar mata dan di atas pipi untuk nampak lebih berseri. Secara kasar, warna pemerah pipi yang kaya adalah trend untuk musim 2018.

Baca: Nak Pipi Natural Pinkish? Guna Cushion Blush Trend Mekap Baru Korea

Foto – Arkib Wanista

Cadangan Wanista adalah Etude House Stick Mini Selfie Kit, yang menyediakan contour palettes, blushes, highlighters dan brushes dalam satu masa, memudahkan rutin harian solekan anda. Menariknya, tekstur blushes bukan sahaja boleh digunakan sebagai pemerah pipi bahkan untuk bibir dan pembayang mata.

Kening

Kening yang bertekstur

Foto – SheKnows

Tahun 2018, menyaksikan trend kening bertekstur akan menguasai dunia kecantikan Korea. Nampak seakan bersepah tetapi masih mengekalkan semulajadinya. Hanya perlu mencantas bulu-bulu degil di bahagian hujung bagi nampak kemas.

Mata

Inspirasi tahun 1980

Foto – Pinterest

Pemilihan warna-warna terang menjadi keutamaan untuk teknik solekan ini. Caranya, dengan menggabungkan beberapa lapisan eyeshadow berwarna tunggal di seluruh kelopak mata atau melukiskan warna-warna terang di atas kelopak mata.

Penggunaan warna-warna tanah

Foto – The World Of Make Up

Lagi sekali, untuk musim akan datang dunia kecantikan Korea mengetengahkan konsep penggunaan warna-warna semulajadi/tanah di bahagian mata.

Foto – en.stylenanda.com

Bibir

Solekan bibir yang ringan dan semulajadi

Foto -Allure

Wanita Korea lebih senang dengan solekan bibir yang ringan dan nampak seakan semulajadi. Untuk mendapatkan bibir sebegini, anda hanya menggunakan lip tint ataupun gincu dari rona tanah cuma kesan lip tint lebih kekal lama berbanding gincu.

Oren dan merah merekah

Foto – Fustany

Aplikasi rona merah dan oren untuk memberi kesan dramatik dan luar biasa, sama ada menggunakan kemasan matte atau glossy.

Bibir berkilat

Foto – Dolly Rouge

Satu lagi trend untuk 2018, bibir berkilat aplikasi lip gloss memberikan impak menggoda dari semua sudut.

Mudahkan? Jadi, selepas ini anda pun boleh cantik bak wanita Korea Selatan…