Setelah sekian lama mencari pelakon yang sesuai akhirnya semalam, pihak produksi Disney tampil mengumumkan bahawa jelitawan dari China bernama Liu Yifei atau lebih dikenali sebagai Crystal Liu telah pun diangkat untuk menyandang watak utama sebagai Mulan menerusi filem Puteri Disney “Mulan” yang akan dibikin semula dalam versi manusia.
Menurut sumber, Liu Yifei merupakan aktres popular dari China yang berusia 30 tahun dan sebelum ini pernah beraksi hebat dengan bintang ternama lain termasuklah Jackie Chan dan Jet Li.
Filem terbaharu Disney “Mulan” yang dijangka tayang pada 2019 itu mengisahkan seorang wirawati bernama Hua Mulan. Berdasarkan sejarah legenda China, beliau merupakan anak tunggal kepada keluarga Hua kemudian nekad menyamar sebagai lelaki demi menggantikan tempat bapanya yang sudah uzur untuk ke medan perang.
Sebelum ini pencarian pelakon wanita yang bersesuaian untuk watak Mulan itu telah diadakan di lima buah benua sekitar China malah dihadiri lebih 1,000 calon yang ingin mencuba nasib.
Tonton Salah Satu Babak Dalam Filem “Mulan” Versi Animasi
Untuk pengetahuan semua, Mulan adalah filem animasi original terbitan Disney untuk siri Disney Princess yang mendapat sambutan sekitar 1998.