Permainan yang paling mengujakan apabila tiba di taman tema pastinya roller coaster! Sampai ada yang begitu taksub dengan roller coaster tapi tak terkecuali juga mereka yang trauma ke taman tema gara-gara ngeri roller coaster.
Setiap rekaan dan kelajuan roller coaster biasanya menjadi aspek untuk ramai si tegar aktiviti lasak untuk mencabar adrenalin. Jika ada diantara anda gemar mengembara ke taman tema tidak kira mana pelusuk. Wanista beri 6 idea untuk anda bersiap-sedia hadapi roller coaster sekitar Asia dahulu.
Keunikan dalam senarai ini bakal buat anda tak sabar nak tempah tiket penerbangan!
#1 T Express – Everland, Korea Selatan
#2 Dauling Dragon – Happy Valley Wuhan, China
#3 Formula Rossa – Ferrari World, Abu Dhabi
#4 Thunder Dolphin Roller Coaster, Tokyo, Jepun
Terletak di Tokyo Dome City, Thunder Dolphin antara roller coaster yang unik kerana bergerak melepasi lubang sebuah bangunan dan bulatan Ferris Wheel. Ianya roller coaster lapan tertinggi di dunia dengan 260 kaki dan panjang 3,500 kaki. Maksimum kelajuan Thunder Dolphin boleh mencapai 130km sejam!
#5 Vanish Roller Coaster, Yokohama, Jepun
Jika tadi melepasi lubang bangunan, yang ini lubang kolam! Lebih menarik lagi penunggang akan dibawa menyelam kedalam ‘laut’. Terowong gelap tersebut dihiasi dengan lampu berwarna-warni dan penunggang mendaki sekali untuk pusing maut. Pusingan bulatan lebih dari dua kali boleh membuatkan penunggang yang tidak biasa menjadi pening.
#6 Lego Virtual Reality Roller Coaster, Legoland Malaysia
Pertama di dunia dan di Malaysia! Roller coaster dengan teknologi Virtual Reality. Bukan 3D ya, anda akan naik outdoor roller coaster tapi dipakaikan alat virtual. Jadi anda akan dapat rasakan tolakan G-Force yang semulajadi dengan pertunjukan virtual seolah-olah anda berlumba dengan karakter Lego.
Ada yang dah berangan nak naik semua roller coaster di atas?