Konsert Rapatkan Saf, sebuah program persembahan yang memaparkan lagu-lagu kerohanian serta tazkirah yang menggabungkan artis-artis dan pendakwah Nusantara bakal diadakan secara langsung di pentas AlHijrah Big Studio (ABS) pada 12 Rabiulawal 1439H bersamaan 1 Disember 2017.
Konsert Rapatkan Saf diadakan bagi mengangkat tema sambutan Maulidur Rasul dengan menggabungkan selawat, nyanyian, monolog ketuhanan dan zikir munajat dalam menzahirkan rasa kecintaan tidak berbelah bahagi kepada Baginda Nabi Muhammad SAW serta menyampaikan mesej Islam adalah agama keamanan dan penyatuan.
Antara barisan artis yang akan turut serta seperti Ramli Sarip, Lah Ahmad, artis religi Indonesia , Rijal Vertizone, Fikri Yasir, Kumpulan Raihan, Hafiz Hamidun, Wani dan juga penampilan pertama Datuk M. Nasir dan Hazama.
Barisan pendakwah Nusantara seperti Habib Ali Zaenal Abidin, Ustaz Syed Kadir Al Joofre, Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi, Ustazah Isfadiah Dusuki, PU Rozi Harun, Ustaz Zul Ramli dan Ustaz Luqman Nurhakim juga akan turut memeriahkan konsert.
Jadi, jangan ketinggalan untuk menyaksikan Konsert Rapatkan Saf, pada Jumaat, 1 Disember 2017 tepat jam 9 malam. Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini Konsert Rapatkan Saf dan barisan rancangan menarik Disember TV AlHijrah, penonton boleh melayari laman sesawang TV AlHijrah di www.tvalhijrah.com.