Review - Filem

Daddy’s Home 2: Jenaka Kasar Amerika Yang Mengajar Erti Kasih Bapa

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Daddy’s Home 2: Jenaka Kasar Amerika Yang Mengajar Erti Kasih Bapa

Pada mereka yang pernah menonton Daddy’s Home yang pertama pasti sudah tahu tentang kekecohan dua bapa yang ingin menjaga anak-anak mereka. Dusty dan Brad mempunyai perbezaan karakter akhirnya mendapat jalan persefahaman demi anak-anak dan kebahagian keluarga. Namun ‘kebahagiaan’ mereka datang sekejap bila musim perayaan Krismas yang ditunggu-tunggu bakal dirosakkan oleh datuk-datuk yang turut hadir untuk meraikan Krismas bersama. 

Foto – HeyUGuys

Menghiburkan, walaupun konsep cerita keluarga yang biasa dimainkan dimana-mana ‘filem Krismas’ tapi jenaka yang dibawa oleh keluarga ini lain dari lain. Jalan cerita yang tidak berat dan mudah difahami sesuai untuk mereka yang tertinggal menonton siri pertama Daddy’s Home. Kekecohan yang berlaku pada keluarga besar ini terasa dekat dengan hati penonton. Penulis boleh dapat bayangkan suasana kelam-kabut dalam menyambut perayaan bersama keluarga.

Foto – Collider
Tonton Trailer Daddy’s Home 2

Filem ini sesuai untuk ditonton kepada kaum lelaki terutama bapa dan anak lelaki. Biasa lelaki agak ego dalam menutur kata sayang. Isu ini jelas dilihat ketika Dusty dan bapanya yang begitu payah ingin mengungkap ‘I love you’. Situasi janggal dalam filem ini berjaya mencetus rasa geli hati dalam hati penonton, lebih-lebih lagi peranan Will Ferrel (Brad) yang tak sudah dengan nasib malang. 

Foto – Vulture

Biarpun terdapat beberapa baris skrip yang agak ‘kasar’, tapi ia masih lagi menyimpan nilai murni untuk para bapa pelajari tentang harmoni dan tanggungjawab yang digalas oleh mereka. Tidak dilupakan juga kasih bapa lah memupuk kesejahteraan keluarga dan sifat peribadi anak-anak. 

Foto – Collider

Penulis beri ⭐️⭐️⭐️⭐️ untuk punchline dan jalan cerita kekeluargaan yang mencuit hati dan rileks! 

BACA  [Review Filem] A Dog's Way Home: Kisah Anjing Bijak Yang Layak Dapat 5 Bintang!