Keibubapaan

Istimewa Cuti Sekolah, KidZania Tampil Program ‘KidZ vs food 2.0’

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Istimewa Cuti Sekolah, KidZania Tampil Program ‘KidZ vs food 2.0’

Cuti sekolah selalunya anak-anak anda buat apa?

IKLAN

Bagi mengisi masa lapang, program kegemaran ramai, ‘KidZ vs Food’ kini kembali di KidZania Kuala Lumpur (KidZania) dari 25 November hingga 31 Disember dengan lebih banyak aktiviti memasak menarik sepanjang cuti sekolah ini!

Foto – Raising Edmonton

Melalui penganjuran kali kedua ini, KidZania berhasrat untuk menanam minat memasak di kalangan kanak-kanak sebagai satu kemahiran hidup asas, dan memberi mereka inspirasi untuk menyajikan hidangan mereka kepada ibu bapa.

KidZ vs Food 2.0’ akan menampilkan empat segmen berbeza untuk aktiviti hari biasa dan hari minggu seperti Pop-up Kitchen, Food Science, Food Art dan Cooking Workshop. Menerusi aktiviti-aktiviti ini, kanak-kanak akan mempelajari aspek-aspek berbeza dalam penyediaan makanan melalui panduan-panduan mudah dan penggunaan peralatan dapur.

Untuk waktu terhad, pelanggan boleh menikmati diskaun 20% untuk pembelian tiket KidZania dengan menggunakan kod promo ‘FOOD17’. Promosi istimewa ini hanya sah untuk pembelian dalam talian bermula dari 11-24 November 2017 dan tarikh melawat adalah sah dari 25 November – 31 Disember 2017.

Foto – Tumblr

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti ‘KidZ vs Food 2.0’ dan acara-acara di KidZania Kuala Lumpur, layari www.kidzania.com.my atau www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur,