Jika Malaysia malam tadi digemparkan dengan pernikahan Fattah Amin dan Nur Fazura yang diadakan secara tertutup, di London, Putera Bongsu mendiang Puteri Diana, Prince Harry,33, semalam mengejutkan dunia dengan pengumuman bahawa dia dan aktres jelita Meghan Markle, 36, sudah pun bertunang setelah sekian lama gosip merpati dua sejoli ini bercinta tersebar sejak pertengahan tahun lepas.
Bijak menyimpan rahsia, rupa-rupanya Prince Harry sudahpun melamar kekasihnya itu sejak awal bulan baru-baru ini.
Sudah Minta Izin & Restu Keluarga Terlebih Dahulu
Menurut sumber, Prince Harry sudah terlebih dahulu memberitahu hasrat untuk memperisterikan Meghan kepada nendanya, Queen Elizabeth II serta kaum keluarga terdekat yang lain malah, beliau juga sudah meminta restu daripada pihak keluarga sebelah perempuan sebelum meneruskan lamaran.
Perkhabaran gembira itu disambut mesra oleh netizen di seluruh dunia dan lebih mengujakan, perkahwinan diraja Britain itu akan berlangsung sekitar awal 2018 nanti.
Cincin Tunang Meghan Markle Bertatah Berlian Milik Mendiang Puteri Diana
Tidak seperti kebanyakan wanita barat lain yang lebih teruja untuk memiliki cincin pertunangan atau perkahwinan yang diperbuat daripada emas putih, “Meghan lebih gemar cincin emas kuning”, kata Prince Harry.
Khabarnya, cincin pertunangan Meghan yang dihiasi tiga butir batu permata itu ditempah khas menggunakan koleksi permata peribadi milik mendiang Puteri Diana.
Tonton Prince Harry & Meghan Markle Kongsi Keterujaan Selepas Umum Pertunangan Di Kensington Palace