Ramai yang sudah tahu tentang kehebatan kumpulan BTS dimana mereka kumpulan K-pop Korea Selatan yang pertama diterbangkan sempena American Music Awards. Walaupun sudah banyak kali kembali ke Los Angeles tapi inilah peluang mereka dimana beraksi dipentas anugerah muzik terbesar di dunia.
Pada acara tersebut mereka debut persembahan dengan lagu DNA, sudah pasti ramai peminat terutamanya ARMY teruja dengan persembahan bersemangat mereka.
Tonton Persembahan BTS di American Music Awards 2017
https://www.youtube.com/watch?v=tNtcYIo6N04
Selain AMA’s, BTS juga sibuk mempromosikan diri mereka seperti menghadiri temubual radio bersama Ryan Seacrets dan yang paling tunggu-tunggu ARMY ialah temubual mereka bersama Ellen DeGeneres.
Video berdurasi 4:21 minit yang dikongsikan di akaun rasmi Youtube mendapat tontonan sehingga 900,000. Didalam rancangan tersebut Ellen sempat bertanyakan tentang kemampuan berbahasa Inggeris RM. Rupanya RM mempelajari bahasa Inggeris hanya dari menonton siri ‘Friends’.
Namun soalan terakhir yang membuat ramai ARMY berteriak apabila Ellen bertanyakan soalan nakal tentang adakah mereka pernah ‘bercinta’ dengan mana-mana peminat mereka. RM dengan tenang menjawab ‘Ya, memang kami sedang lakukannya sekarang’. Selang beberapa minit, Taehyung pula menjawab dengan jawapan yang spontan dan kelakar pun ada! Nak tahu jawapan Taehyung, tonton video dibawah.
Temubual BTS bersama Ellen DeGeneres