Selain dikenali sebagai “Gucci Boy”, “Human Gucci” kerana obsesi terhadap jenama mewah itu.
Baca: Obses Terhadap Jenama Gucci, Penyanyi Ini Digelar ‘Gucci Boy’
Penyanyi muda ini juga dilihat tidak kurang hebat dalam berfesyen bahkan peminat K-Pop merasakan dia layak digelar ikon fesyen untuk generasi muda masa kini.
Bukti, majalah berprestij Vogue memilih BTS V sebagai selebriti “best dressed” antara ahli yang lain di Billboard Music Award 2017.
“Mungkin V adalah fashion-forward dikalangan ahli yang lain, segak mengenakan kemeja polka dot bersama jaket berjalur dengan pilihan seluar longgar, kesemuanya dari jenama Saint Lauren – pilihan yang berani dipakai ketika sesi karpet merah.”
Tidak terikat kepada lelaki sahaja, beberapa item fesyen V sesuai dipakai oleh kaum perempuan juga, V menggemari fesyen yang selesa dan longgar. Jom kita intai dan curi inspirasi fesyen kegemaran si kacak V!
Kemeja
Berbanding ahli yang lain selesa memilih t-shirt, tidak pada V. Lebih menggemari kemeja bercetak, lari daripada kebiasaan putih, V cuba tampil rona yang terang bagi memberi warna dalam penampilannya.
Wide pants
BTS V jarang dilihat memakai skinny, dia lebih selesa memakai seluar dengan potongan yang longgar dan besar – tidak ubah seperti gaya seorang ‘atuk’. Tidak dinafikan seluar sebegini paling terbaik untuk penerbangan jauh.
Oversized cardigan
Satu lagi yang diperhatikan, V seringkali dilihat mengenakan oversized cardigan. Sesuai dengan cuaca di sana, yang musim sejuknya kadang-kala boleh sehingga membeku.
Selipar/Sandal/Slide
Dalam satu temu bual, BTS V menjelaskan dia sama sekali tidak suka memakai kasut tetapi selesa berselipar dan sandal sahaja.
Necktie
Ini satu lagi fesyen obsesi V, necktie. Selain dipakai bersama kemeja, tie turut digayakan sebagai choker, tali pinggang, memang lain daripada yang lain.
Kombo hitam
Hitam sering dianggap sebagai warna berkabung, sedih dan disama ertikan sebagai tidak bernasib baik. Namun, hitam juga menjadi warna yang dianggap sebagai eksklusif, mewah dan moden. Seperti BTS V kadang-kala selesa memilih persalinan hitam from head to toe untuk airport fashion.
Baret
Satu lagi item yang mencuri tumpuan Army ialah fesyen baret yang digayakan V. Sering kali dilihat mengenakan pelbagai koleksi baret dari pelbagai warna untuk airport fashion.
Effortless dan selesa, itu pilihan fesyen BTS V.