Suatu ketika dahulu, pernah viral cara untuk mengeluarkan segala toksin daripada tubuh menerusi amalan meminum minuman detoks yang dicampur dengan perahan lemon serta hirisan buah-buahan lain termasuklah timun, strawberi, daun pudina, beri biru, oren dan bermacam lagi. Ternyata, kita semua bersetuju, lemon mempunyai banyak faedah untuk menyah penyakit daripada tubuh malah banyak digunakan sebagai salah satu bahan utama dalam petua-petua kecantikan.
Menurut pakar, pengambilan produk atau bahan-bahan sitrus yang kaya dengan sumber antioksidan serta vitamin C secara keterlaluan sebenearnya boleh menjejaskan penghasilan kolagen yang kemudian bisa mencepatkan proses penuaan namun jika ia digunakan secara bijak, lemon boleh memberi faedah yang mengagumkan! Contohnya apabila sitrus dimanfaatkan sebagai agen topikal (ubat luaran) terhadap kulit.
Seorang wanita telah mencuci wajahnya seminggu dengan menggunakan jus lemon dan hasilnya jerawat lekas kecut tanpa meninggalkan sebagai parut yang jelas. Caranya, belah buah lemon kemudian perahankan separuh buah lemon itu tadi ke dalam cawan atau mangkuk kecil. Dengan menggunakan kapas, celup ia ke dalam jus lemon sebelum memerahnya sedikit lalu ditekap secara lembut pada bahagian jerawat yang sedang membesar.
Seterusnya, celup kapas yang baru dan bersih ke dalam jus lemon dan sapunya pada keseluruh bahagian wajah yang lain. Biarkan ia kering dan meresap ke dalam kulit seketika (20 hingga 30 minit) sebelum mencuci wajah seperti biasa menggunakan krim atau sabun pencuci wajah.
Amalkan petua ini selama seminggu ternyata, jerawat berupaya kecut dengan sendirinya malah bintik-bintik hitam pada kulit termasuk parut dan jerawat semakin pudar. Kompleksi wajah akan jadi lebih sihat dan tidak kusam.
Mungkin sedikit memedihkan tetapi bahan semula jadi tidak akan merosakkan kulit seperti kimia. Selamat mencuba! ❤️