Review - Kecantikan

Tak Rugi Kumpul Bekas BB Cushion Laneige Tau… Kenapa Pulak?

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Tak Rugi Kumpul Bekas BB Cushion Laneige Tau… Kenapa Pulak?

Soal memiliki sebuah koleksi adalah suatu perkara payah untuk dipersoalkan. Setiap individu mempunyai minat tersendiri baik lelaki atau wanita. Mengumpul pelbagai koleksi seperti gadjet, kenderaan, produk kecantikan malah Tupperware pun ada orang buat koleksi. Ianya memberi suatu kepuasan yang tidak dapat dirasai oleh orang lain, jadi sebolehnya jangan sesekali memperkecilkan minat orang. 

Buat anda yang mungkin menyimpan sendiri koleksi dari produk kecantikan pasti tahu sekarang bukan sahaja formula produk atau jenama yang dipandang. Tetapi rekaan pada setiap produk menjadi salah satu sebab ada yang sanggup menunggu koleksi seterusnya.

Foto – arkib Wanista.com

Menarik pada kali ini penulis tidak mahu berceritakan tentang formulasi produk BB Cushion dari Laneige tapi penulis cukup tertarik dengan kesungguhan Laneige mempamerkan kelainan dalam setiap koleksi bekas BB Cushion mereka. 

Foto – arkib Wanista.com

Laneige antara jenama K-Beauty paling tersohor sentiasa mengeluarkan rekaan bekas BB Cushion yang dalam koleksi edisi terhad. Penulis teruja dalam empat koleksi diatas tiga darinya sudah menjadi milik penulis! Mari kita selidik sikit apa yang membuat bekas BB Cushion Laneige berbeza dari jenama lain. 

Saiz dan bentuk yang universal 

Jika anda ingin menggunakan BB cushion dari jenama lain tapi masih ingin menggunakan bekas dari Laneige jangan risau. Saiz dan bentuk bekas muat untuk 6 dari jenama BB Cushion iaitu:

Foto – http://www.christinahello.com
  • Mamonde Moist Mask
  • Verite UV Multi Cushion LX
  • Hera UV Mist Cushion
  • Aritaum Real Ampoule CC Pact 
  • The Face Shop CC Ultra Moist Cushion
  • Diorsnow Bloom Perfect Moist Cushion

Kolaborasi dengan pereka fesyen terkemuka

Setiap rekaan koleksi tidak terkecuali dengan kolaborasi bersama jenama rumah atau pereka fesyen terkemuka. Membuatkan Laneige bukan sahaja untuk si pengumpul produk kecantikan malah khas untuk mereka gilakan dunia fesyen. Sebagai contoh tahun ini ‘Laneige Meets Fashion’ telah berkolaborasi menghasilkan rekaan comel polka dot dari pereka fesyen terkenal Korea, Yoon Choon Ho. 

LaneigexYCH. Foto – arkib Wanista.com

Berbeza dengan koleksi lain, LaneigexYCH bukan untuk BB Cushion tapi Skin Veil Base Dot Cushion. Nak tahu lebih lanjut tentang LaneigexYCH? Baca disini

Aset mewah

Lihat sendiri bekas BB Cushion yang bertatahkan batu Swarovski ini. Bayangkan tatkala anda membawa ia keluar dari beg tangan, pasti ramai yang terpesona. Belum pernah lagi mana-mana jenama lain meletakkan batuan Swarovski pada bekas BB Cushion. Laneige benar-benar memahami hati peminat mereka. 

Laneige BB Cushion Limited Edition with Crystals from Swarovski. Foto – arkib Wanista.com

Bukan sahaja pada warna

Tidak sahaja mengeluarkan bekas berwarna-warni, Laneige tidak takut untuk menambah perincian teliti diatas penutup bekas. Koleksi Delights, Pop! sempena musim percutian ini memang memikat dengan kilauan confetti. Senang cerita Laneige tak kedekut untuk mengeluarkan rekaan yang berbeza hampir setiap bulan. 

Delights, Pop BB Cushion. Foto – arkib Wanista.com

Cushion puff ada warna tersendiri 

Setiap BB Cushion dibekalkan dengan puff untuk sapuan BB Cushion pada kulit dan puff yang disediakan juga unik mengikut gabungan rekaan bekas. Jadi anda bukan sahaja dapat bekas edisi terhad malah puff pun sama!

Maaf! Puff penulis comot. Foto – arkib Wanista.com

Pada satu harga 

Walaupun berbeza keluaran, rekaan dan koleksi namun harga yang ditawarkan tetap sama. Pada harga RM165 anda akan mendapat satu bekas BB Cushion dan satu lagi isian semula . Jadi ianya bukan hanya membeli bekas sahaja, anda turut mendapat BB Cushion yang baharu. 

Foto – arkib Wanista.com

Pada anda yang baru nak berjinak-jinak dalam mengumpul koleksi BB Cushion dari Laneige boleh mula dengan koleksi Delights, Pop! BB Cushion untuk koleksi tidak lain, tidak bukan BB Cushion best-seller Holiday BB Cushion Whitening. Bukan setakat bekas sahaja warna merah jambu, malah puff juga warna merah jambu. 

Delights, Pop! BB Cushion. Foto – arkib Wanista.com
Delights, Pop BB Cushion. Foto – arkib Wanista.com

Dapatkan di kaunter dan butik Laneige berdekatan anda bermula November ini, ingat ianya edisi terhad. Siapa cepat dia dapat! 

Lagi review penulis tentang produk Laneige, Baca: Wanista Dah Cuba! Produk Korea Ini Buat Mekap Tahan Lama Dan Berseri