Rata-rata kita akan melupakan amalan diet sewaktu menyambut sesebuah perayaan betul tak?
Mana mungkin kita mampu mengawal pemakanan sewaktu musim perayaan, lebih-lebih apabila aneka hidangan enak lagi menyelerakan sudah tersedia di hadapan mata kala melawat ke rumah kaum keluarga serta sahabat handai.
Oleh itu, sebuah anak syarikat tempatan yang dipanggil “Amazin’ Graze” ini tampil dengan inisiatif terbaik, menghasilkan rangkaian snek yang bukan sahaja enak dan sihat malah merupakan seleksi yang merangkumi gabungan ramuan kekacang, bijirin dan buah-buahan kering mewah, khas untuk mengenyangkan perut bila-bila masa dan di mana jua dalam bentuk granola.
Istimewa untuk Krismas 2017, Amazin’ Graze ada melancarkan rangkaian yang dibungkus dalam pek menarik dan pastinya sesuai untuk dijadikan bingkisan hamper buat kenalan mahupun kaum keluarga tercinta.
Antara pilihan yang terdapat dalam pek istimewa Krismas 2017 “Naughty Made Nice” daripada Amazin’ Graze itu adalah termasuk Candied Fruitcake Granola (RM19.90), Gingerbread Crumb Granola (RM19.90), Frosted Cinnamon Nut Mix (RM12.90), Chocolate Fudge Orange Bites (RM15.90) dan sapuan Caramel Pecan Almond Butter (RM29.90).
Kesemua produk Amazin’ Graze boleh dibeli menerusi atas talian di [www.amazingraze.co/amazin-christmas] atau lawat laman Facebook rasmi Aamzin’ Graze di [www.facebook.com/amazingraze].