Mungkin ada sesetengah individu kurang menggemari drama atau filem yang bertemakan keluarga, pada mereka ianya membosankan dan semestinya terlalu banyak unsur sentimental, air mata. Tapi tak semua sebegitu, ada juga yang kelakar untuk ditonton.
Ini Wanista bawakan siri drama dan filem dengan tema keluarga boleh anda tonton bersama keluarga tersayang.
#1 Gilmore Girls
https://www.youtube.com/watch?v=kGGNNSmGDpU
Okay, siapa sini yang tak sukakan Gilmore Girls? Watak Lorelai bersama anak perempuannya, Rory, mereka bukan sahaja ibu dan anak malahan kawan sejati.
#2 The Family Stone, 2005
https://www.youtube.com/watch?v=9fl9jRAK30M
Anda pernah berasa seperti tidak ‘diundang’ di sesuatu tempat? Meredith Morton mengalami detik-detik cemas selepas bertemu dengan bakal keluarga mertuanya. Paling tragis tiada siapa pun yang menyukai kehadirannya.
#3 Home Alone, 1990
Setiap kali musim perayaan Krismas, ini merupakan filem wajib. Keletah kanak-kanak comel dan pintar, Kevin berhadapan dengan perompak bodoh cukup mencuit hati penonton.
#4 Room, 2015
Bayangkan seorang ibu dan anak tinggal di sebuah rumah yang besarnya boleh diibaratkan seperti sebuah bilik kecil, mereka berkongsi katil, tandas, dapur yang tidak sempurna dan langsung tidak melihat dunia luar. Bunyi agak sadis, bukan?
#5 Piku, 2015
Piku akan membuat anda ketawa, menangis dan senyum – semuanya dalam satu. Bukan filem komersial sembarangan tetapi Piku berikan anda hubungan bapa dan anak perempuan yang paling sebenar.
#6 Kabhi Kushi Kabhi Gham, 2001
Rahul dibesarkan sebagai anak sulung yang dikasihi, menghormati keluarga dan tradisi keluarga dan sentiasa membanggakan orang tuanya. Walaubagaimanapun segalanya berubah kerana cinta…
Selamat Menonton!