Apa dah jadi dengan Batman? Asyik bertukar pelakon untuk memainkan wataknya. Terkini dikatakan Ben Affleck bakal digantikan dengan Jake Gyllenhaal. Ini semua kerana filem Batman dan Justice League tidak meraih box-office atau terdapat konflik dalaman antara produksi dan pelakon kacak tersebut.
Laporan dari Warner Bros, pihak mereka tidak teragak-agak untuk ‘membuang’ Ben dalam francais filem DC. Lebih lagi apabila Ben langsung tidak muncul ketika acara San Diego Comic Con dan apa yang lebih menyakinkan lagi apabila ditanya tentang filem Batman Dark Knight, Ben hanya menjawab ‘sesuatu yang saya masih fikirkan’ dan menambah ‘saya tidak akan buat untuk selamanya jadi saya pastikan saya akan buat yang terbaik.’
Dari sumber lain pula menulis, filem Justice League adalah filem terakhir peminat dapat melihat Ben Affleck menyarung kostun Batman dan filem-filem seterusnya bakal digantikan pelakon yang lebih sesuai. Pilihan utama pengarah, Matt Revees ialah Jake Gyllenhaal.
Jake pernah menghadiri uji bakat tetapi gagal setelah Christian Bale berjaya mendapat watak Batman pada filem sebelum ini. Jadi mungkin ini sebab utama Jake dipilih?