Sempena musim perayaan, Starbucks melancarkan Give Good Holiday Cup bersama dengan kopi Holiday Blend istimewa, penawaran makanan baharu, dan pilihan barangan eksklusif yang sesuai dijadikan hadiah.
Kongsi keriangan musim percutian ini dan jadikan percutian anda lebih meriah dengan dua jenis minuman baharu yang diadun khas oleh Starbucks iaitu Starbucks® Peppermint Dark Mocha dan Starbucks® Teavana™Apple Black Tea yang pasti menambat hati anda semasa meraikan percutian anda dengan orang tersayang.
- Starbucks® Toffee Nut Crunch Latte: Minuman kegemaran dengan sirap kacang toffee kurang manis diadun dengan stim susu dan espresso serta ditambah dengan krim putar dan serbuk biji toffee yang rangup di atasnya. Adunan sempurna kemanisan karamel dan kekacang ini – menjadikannya salah satu minuman Starbucks yang diminati sepanjang masa!
- Starbucks® Peppermint Dark Mocha: Serikan semangat percutian anda dengan minuman yang direka menyerupai pokok Krismas. Dark Mocha dengan hias atas pudina bersama krim putar teh hijau dan dilengkapi butiran berkilau gula-gula berwarna hijau dan merah.
- Starbucks® Teavana™ Apple Black Tea: Nikmati pengalaman percutian mewah dengan teh hitam pekat direka khas digabungkan dengan jus epal dan dihiasi dengan buih serbuk kayu manis (cinnamon).
Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web Starbucks Malaysia di www.starbucks.com.my.