Rasanya setiap wanita mempunyai sebatang lipstick kegemaran mereka, tidak kiralah kepada mereka yang bersolek tebal atau tipis pasti memiliki lipstick.
Jika dahulu warna lipstick terhad kepada warna merah dan ungu beri tapi kini variasi warna lebih banyak serta jenis formula juga boleh dipilih mengikut kesesuaian jenis bibir. Kalau tak nak nampak pucat kerana tidak bersolek, oles sahaja lipstick. Malah, untuk tampak lebih semulajadi dan segar anda boleh bertukar kepada salap bibir.
Percaya atau tidak, lipstick adalah produk mekap yang paling dijual! Pemakaian lipstick mula sejak zaman Cleoprata lagi sehinggalah sekarang. Bayangkan betapa pentingnya lipstick dalam gaya kehidupan seorang wanita.
Mari sama-sama ketahui tentang sejarah dan fakta mengenai lipstick…
1) Jangan terkejut, lelaki pada zaman purba Mesir juga suka memakai lipstick! Cara mereka mencipta lipstick dengan menggunakan semut untuk dimasukkan dalam formula.
2) Wanita zaman Roman pula, menggunakan wine merah sebagai lipstick. Sehingga kini, ramai menggunakan cara ni tau.
3) Hati-hati, masih lagi terdapat jenama yang menggunakan plumbum dalam formula lipstick mereka. Kuantiti yang digunakan tidak cukup untuk membunuh tapi ia masih dalam keadaan membimbangkan.
4) Yup, perempuan banyak menghabiskan wang untuk membeli lipstick. Kumpul koleksi lah katakan…
5) Pakar kimia, Hazel Bishop yang mencipta lipstick anti-smudge. Terima kasih Hazel!
6) Pada tahun 1960, lipstick warna putih sangat popular ketika itu. Ianya merupakan trend kepada budaya Mod yang sedang menular.
7) Wanita yang memakai lipstick pada Zaman Pertengahan di England dianggap ahli sihir!
8) Ada kajian mendapati lipstick mampu mengubah tanggapan lelaki terhadap seorang wanita, dari segi status, kekayaan dan kecantikan. Really?
9) Ratu Elizabeth I sangat obses dengan lipstick sehingga membenarkan lipstick dijadikan sebagai mata wang.
10) Jaga-jaga..lipstick memang ada tarikh luput. Lipstick yang telah digunakan selepas dua tahun boleh diucapkan selamat tinggal.
11) Wanita Perancis sangat obses dengan lipstick. Mereka dikatakan memakainya hampir tiap hari dan masa.
12) Lipstick pernah diharamkan dibeberapa buah negeri di Amerika Syarikat. Pada tahun 1915, negeri Kansas tidak membenarkan wanita bawah umur 44 tahun memakai lipstick. Kenapa? Kerana ia beri tanggapan yang berbeza salah. Eh?
13) Guerlain KissKiss Gold dan Diamond Lipstick ialah lipstick termahal di dunia. Berharga lebih dari RM258,037.80.
Apa jenama lipstick dan warna kegemaran anda? Kongsikan dengan Wanista!