Dominasi dunia modelling dimulai oleh si kakak, Gigi kemudian kini diikuti Bella yang hanya beza satu tahun usia. Setiap pergerakan dua beradik ini sering diperhatikan, lebih lagi bila berada di acara karpet merah, belakang tabir pentas peragaan malah di jalanan kota raya New York. Bukan sahaja memiliki wajah yang cantik dan lenggok jalan yang menarik, penampilan dari atas hingga bawah mereka sentiasa mengikut informasi fesyen terkini.
Jika dahulu, Gigi sering menghabiskan banyak masa bersama rakan baiknya, Kendall Jenner. Mungkin akibat kekangan masa kerana kerja, dilihat Gigi kini sering berada disamping adiknya.
JOM TENGOK: Ini 10 #FriendshipGoals Kendall Jenner dan Gigi Hadid Buat Anda Cemburu
Wanista kongsikan momen paling bergaya dua beradik ini. Buat anda terasa ingin bakar sahaja baju-baju dalam almari anda. gurau jer
#1 Senada dalam warna biru, putih dan biru. Bijak bukan gabungan mereka? Kejap, gaya rambut pun sama!
#2 Dalam apa jua zaman, Gigi dan Bella berjaya melangkuinya..
#3 Night out dengan pakai baju tidur? Memang trend sekaranglah… baca disini
#4 Sweet! Bella bantu Gigi ketika Gigi tertinggal kasutnya dalam satu pertunjukan fesyen
#5 Hey! Tali pinggang Chanel itu kepunyaan kami..
#6 Pilihan top and bottom yang sama namun berbeza tapi tetap beri gaya sedondon.
#7 Rayban? Check! Top? Gigi pakai crop top, Bella pula off-shoulder top…
#8 Pilihan gaya musim sejuk yang ringkas dan secara tidak langsung, dua-dua beri contoh gayakan kasut boot.
#9 Sama-sama menggalas tugas di Minggu Fesyen Paris. Nampak macam adik-beradik kembar pula!
#10 Berkilau dalam busana pilihan masing-masing. Walaupun berdua, tidak pernah salah seorang dari tenggelam. Two is better than one.
Seronok ada seseorang yang sentiasa buat kita nampak cantik kan?!