Samsung tentunya sentiasa peka dengan keperluan pengguna hari ini. Komited dengan peraliran zaman yang semakin mengujakan, lahirlah sebuah inovasi telefon pintar versatile dipanggil Samsung Galaxy J7 Plus khas buat penggemar makanan tegar.
Sebagai rakyat Malaysia, aneka makanan sudah sebati menjadi sebahagian kehidupan yang membuatkan kita asyik untuk menikmatinya sekaligus menyimpan memori tersebut apatah lagi apabila menikmatinya dengan teman-teman mahupun keluarga tercinta.
Rata-rata daripada kita sendiri juga gemar berkongsi gambar makanan di media sosial dan menganggap fotografi makanan sebagai seni yang menarik.
Untuk itu, sekitar penghujung bulan lalu, Samsung Malaysia Electronics mengambil langkah proaktif untuk memperkenalkan Samsung Galaxy J7 Plus yang dilengkapi ciri-ciri kamera terbaik dengan kamera berkembar (13MP f1.7 + 5MP f1.9) di bahagian belakang demi menjadikan pengalaman fotografi lebih sensasi bila-bila masa dan di mana jua!
https://www.instagram.com/p/BanqkysncVg/?taken-by=wanistadotcom
Dengan adanya kamera seperti milik Samsung Galaxy J7 Plus, aktiviti fotografi makanan anda akan jadi lebih menyeronokkan malah, fokus serta kualiti gambar juga umpama dihasilkan dirakam seperto kamera profesional di mana elemen ‘kedalaman lapangan’ (depth of field) boleh dikawal menggunakan mod pilihan Live Focus.
Kamera hadapan bagi Samsung Galaxy J7 Plus pula merangkumi kamera dengan kejelasan mega piksel 16MP f1.9 yang mampu merakamn foto dengan baik biarpun dalam keadaan kawasan yang kurang cahaya. Sesuai untuk merakam kemeriahan di acara makan malam romantis anda bersama yang tersayang.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.samsung.com/my] atau lawat Facebook rasmi Samsung Mobile Malaysia di [www.facebook.com/samsungmobilemalaysia].
Harga yang ditawarkan bagi Samsung Galaxy J7 Plus adalah RM1,599.00 seunit dan boleh didapatkan dalam dua rona pilihan termasuklah hitam dan emas.