Ekoran dari kenyataan bahawa Stesen Angkasa China Tiangong-1 yang dilancarkan pada 29 Sept 2011 itu akan jatuh ke atmosfera bumi pada penghujung tahun ini selepas misi selama enam tahun. Terdapat spekulasi mengatakan serpihan stesen angkasa itu terhempas di Malaysia, khususnya Kuala Lumpur.
Namun menurut Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Dr Noordin Ahmad, berdasarkan keluasan negara iaitu 329, 960.22 kilometer persegi, kebarangkalian untuk Malaysia menjadi tempat jatuhnya serpihan hanyalah 0.09 peratus dan kebarangkalian untuk Kuala Lumpur yang berkeluasan 243.65 km persegi pula adalah kira-kira 0.0000699 peratus sahaja.
Noordin juga berkata berdasarkan nota pihak China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kebanyakan komponen dan struktur daripada Tiangong-1 akan musnah terbakar semasa pergeseran dengan atmosfera dan kebarangkalian untuk serpihan itu mendatangkan kerosakan terhadap aktiviti di bumi termasuk penerbangan adalah sangat rendah.
Pihak China dan pelbagai agensi angkasa seperti ESA, NASA, JAXA dan CNSA. ANGKASA yang mempunyai hubungan rapat dengan agensi-agensi ini juga sentiasa memantau perkembangan ini dari semasa ke semasa. Selain itu, pihak China juga sentiasa mengemaskini maklumat di laman sesawang http://www.cmse.gov.cn/.
Menurut dari pelbagai sumber media antarabangsa, Stesen Angkasa China Tiangong-1 sudah tidak mempunyai sebarang kendalian manusia sejak 2013.
Bagi anda yang ingin melihat sendiri pergerakan Tiangong-1, klik disini.